• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Rompin: 4 Pusat Mengundi Ditutup 2 Petang

oleh Ahmad Albab
05/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Sebanyak empat daripada 38 pusat mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin ditutup awal pada pukul 2 petang ini kerana jumlah pengundi yang kecil, menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, tiga daripada pusat mengundi itu ialah Sekolah Kebangsaan Juara yang mempunyai 171 pengundi berdaftar, Balai Raya Kampung Genting (142 pengundi) dan Sekolah Kebangsaan Mukut (136 pengundi) yang terletak di Pulau Tioman.

Satu lagi pusat ialah Sekolah Kebangsaan Denai di Kuala Rompin yang mempunyai 170 pengundi berdaftar, katanya.

Keempat-empat pusat mengundi itu yang terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Tioman telah dibuka sejak 8 pagi ini.

Sementara itu pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek, Pulau Tioman yang mempunyai 651 pengundi akan ditutup pada pukul 3 petang, dan pusat mengundi di Dewan Stesen Mardi, Muadzam Shah bagi daerah mengundi Bukit Ridan yang mempunyai 312 pegundi akan ditutup pada 4 petang, katanya.

Menurut jurucakap SPR, peti-peti undi dari Pulau Tioman akan dibawa dengan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan helikopter yang akan dikawal rapi oleh pihak polis bagi mengelak sebarang sabotaj atau perkara tidak diingini ke pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Jamaluddin yang juga pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) meninggal dunia pada 4 April lalu akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor. – BERNAMA

Tags: PRK Rompin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Rompin & Permatang Pauh: Kejutan Peringatan Untuk BN

08/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai 'wake-up call' atau kejutan...

Pemuda PAS Perak Puas Hati Walau Tewas

06/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mendakwa tetap berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd