• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Permatang Pauh: 627 Pemilih Undi Awal Ahad Ini

oleh Ahmad Albab
01/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Sebanyak 627 pemilih terdiri daripada anggota polis serta pasangan mereka akan terlibat dalam pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Ahad ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata pengundian awal itu akan diadakan di dua pusat mengundi yang dibuka dari 8 pagi sehingga 5 petang.

Pusat mengundi terbabit ialah Dewan Gemilang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah dan Berek Kelamin, Balai Polis Kubang Semang.

Pusat mengundi di Berek Kelamin akan ditutup pada 2 petang.

“Pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding di bahagian pilihan raya berkenaan.

“Selain itu, pemerhati tempatan daripada pertubuhan bukan kerajaan dan ahli akademik yang dilantik SPR boleh memerhati proses itu dengan kebenaran masuk ke pusat pengundian daripada pihak Polis Diraja Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Ghani berkata dakwat pilihan raya akan digunakan bagi proses pengundian dan akan dijalankan mengikut kaedah pengundian biasa dengan dikendalikan petugas SPR.

PRK Permatang Pauh pada 7 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi Sabudin (Barisan Nasional), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

Ia diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat. – BERNAMA

Tags: PRK Permatang Pauh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Kit Siang Sokong Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang

11/05/2015
0

KETUA parti DAP Lim Kit Siang menerusi laman blognya hari ini menzahirkan sokongannya terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan...

PRK Rompin & Permatang Pauh: Kejutan Peringatan Untuk BN

08/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai 'wake-up call' atau kejutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd