• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PNB Nafi Tuduhan Rafizi Beli Bon Sukuk 1MDB

oleh Ahmad Albab
15/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengeluarkan kenyataan yang membuktikan dakwaaan terbaharu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PRK), Rafizi Ramli mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam cuma satu tuduhan palsu.

PNB dalam satu kenyataan media memberitahu, PNB tidak terlibat dalam pembelian bon sukuk seperti didakwa oleh Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR.

“PNB tidak terlibat dalam pembelian bon sukuk yang dikeluarkan oleh 1MDB. PBN juga tidak pernah menerima sebarang tawaran jualan daripada 1MDB,” kata kenyataan itu hari ini.

Rafizi semalam mendakwa, selain Lembaga Tabung Haji (TH), PNB juga terlibat ‘meminjamkan’ wang kepada 1MDB.

Dakwa Rafizi, ‘pinjaman’ itu kononnya diberikan PNB kepada 1MDB menerusi pembelian sukuk berjumlah RM579.2 juta yang diterbitkan dalam Februari 2014.

“Terbitan hutang melalui bon sukuk oleh 1MDB ini melibatkan pembelian sukuk oleh dua agensi pelaburan kerajaan iaitu Tabung Haji dan PNB.

“Ini bermakna, sejumlah RM920.8 juta dipinjamkan oleh Tabung Haji kepada 1MDB. Baki RM579.2 juta dipinjamkan oleh PNB kepada 1MDB,” dakwa Rafizi.

– MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/eIDQS3H-nIo

Tags: 1MDBRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu TRX: Menang Sorak, Kampung Tergadai?

Next Post

DAP, PKR Perlu Halang Hudud PAS – GERAKAN

Related Posts

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

24/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Rafizi Ramli yang tewas dalam saingan jawatan nombor dua PKR malam tadi tidak kelihatan di hari...

‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?

‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?

19/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sekali lagi memberi bayangan seolah-olah bersedia berundur daripada barisan Kabinet dan...

Next Post

DAP, PKR Perlu Halang Hudud PAS - GERAKAN

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd