• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Ucap Tahniah Calon BN Atas Kemenangan Di PRK Rompin

oleh Ahmad Albab
06/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin atas kejayaan BN mengekalkan kerusi Parlimen Rompin dalam pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.

“Tahniah Datuk Hasan Arifin atas kemenangan di PRK Rompin. Hidup Barisan Nasional!,” kata Najib yang juga Pengerusi BN dalam catatan di laman Twitternya.

BN mengekalkan kerusi itu dengan meraih majoriti 8,895 undi.

Hasan, 62, meraih 23,796 undi berbanding calon PAS Nazri Ahmad, 40, yang memperoleh 14,901 undi.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 lalu, Allahyarham Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu dengan mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Di akaun Facebooknya, Najib berkata walaupun majoriti kurang berbanding PRU-13 yang lalu, BN akan mengambil ini sebagai satu iltizam.

Beliau seterusnya melahirkan keyakinan bahawa Hasan akan berkhidmat dengan cemerlang untuk terus membawa kemajuan dan pembangunan di Rompin. – BERNAMA

https://youtu.be/YhpD0FwZJNk

Tags: Najib Tun RazakPRK Rompin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pahang Tewaskan Perak 1-0 Pada Perlawanan Tunggal Liga Super

Next Post

Kemenangan BN Pada PRK Rompin Boleh Dibanggakan

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Kemenangan BN Pada PRK Rompin Boleh Dibanggakan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd