• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perodua Sasar Jual 1 Juta Myvi Akhir 2017

oleh Ahmad Albab
21/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Perodua menyasar menjual satu juta Myvi menjelang akhir 2017 daripada 850,000 yang dicatatkan pada akhir April tahun ini, hasil daripada permintaan yang berterusan dan juga promosi lain.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salleh berkata secara purata, tempahan bagi Myvi ialah kira-kira 8,000 unit sebulan.

“Kami agak yakin dengan aktiviti dan promosi yang dijalankan sehingga 2017, sasaran menjual satu juta Myvi akan dapat dicapai,” katanya pada taklimat media di sini, hari ini.

Bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, Perodua menjual 74,700 kenderaan iaitu 34.8 peratus daripada anggaran 218,600 jumlah jualan keseluruhan industri.

“Daripada jumlah ini, 25,500 ialah kereta Myvi,” kata Aminar.

Nisbah jualan Perodua ketika ini ialah 2.6 peratus bagi pasaran eksport.

Aminar berkata eksport dijangka meningkat sebaik sahaja Axia sedia untuk dihantar.

“Eksport Perodua Axia disasarkan bagi separuh kedua tahun ini ke enam pasaran, iaitu Indonesia, Singapura, Fiji, Nepal, Mauritius dan Sri Lanka,” katanya.

Aminar juga berkata Perodua akan mengeksport dengan lebih agresif bermula 2017 dan ketika ini sedang memantapkan operasi bagi tujuan itu.

Pada masa hadapan, beliau berkata, pengeluar kereta nasional itu akan memperkenalkan model baharu, Perodua Sedan, tetapi tidak memberikan tempoh masa pelancarannya.

Menurut Aminar, model Sedan itu belum diluluskan dan kini di peringkat prototaip.

Sejak Perodua Myvi dilancarkan pada 2005, model itu memiliki 10 varian. Generasi kedua Myvi dilancarkan pada 2011, menjadikannya model paling laris di negara ini.

Terdahulu, tahun ini, Perodua mengumumkan sasaran jualan 208,000 unit dengan sasaran hasil RM306 juta daripada perkhidmatan penyenggaraan kenderaannya, pelincir, kerangka dan operasi cat, serta RM258.9 juta daripada perniagaan alat-alat ganti dan aksesori bagi 2015.

Tahun lepas, Perodua menjual 195,600 kenderaan dan mencatatkan hasil RM303.4 juta bagi operasi selepas jualannya, serta RM243.7 juta bagi alat-alat ganti dan aksesori. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=bHPR6FpCULg

Tags: myviPerodua
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Inti Pati Utama RMK11 Yang Dibentangkan PM

Next Post

Rita Rudaini Dedah No Telefon Individu Sering Mengganggu

Related Posts

Polis Kejar Suspek Curi Kereta Myvi Sejauh 40 Kilometer

Polis Kejar Suspek Curi Kereta Myvi Sejauh 40 Kilometer

01/12/2024
0

BESUT: Polis mengejar kenderaan dipandu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini...

70 Pusat Hiburan Di Seluruh Negara Digempur

Myvi Lawan Arus, Lima Kenderaan Kemalangan

01/01/2024
0

JOHOR BAHRU: Tindakan sebuah Perodua Myvi yang memandu melawan arus di Kilometer 2.6 Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di sini,...

Next Post

Rita Rudaini Dedah No Telefon Individu Sering Mengganggu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd