• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurusan UIA Tidak Bertamadun – DAP

oleh Ahmad Albab
14/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda DAP (Dapsy) mendakwa pihak pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) tidak bertamadun kerana menghalang Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berucap mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam universiti itu semalam.

Pengarah Hal-Ehwal Varsiti Dapsy, Chow Yu Hui mendakwa, UIA perlu meminta maaf di atas tindakan kakitangan keselamatannya merampas mikrofon Rafizi ketika pemimpin pembangkang itu sedang berucap.

“Pentadbiran UIA tidak berhak untuk bercampur tangan dalam aktiviti ataupun forum mahasiswa dan tindakan pihak keselamatan UIA yang merampas mikrofon Rafizi ketika berucap adalah amat biadab dan menjatuhkan imej dan reputasi UIA.

“Mahasiswa berhak untuk mengadakan forum ilmiah,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Yu Hui mendakwa, pentadbiran UIA tidak boleh menyekat hak mahasiswa untuk menjemput penceramah kerana mahasiswa adalah pewaris negara dan mampu menilai kesahihan ucapan penceramah.

Dakwanya, semua mahasiswa wajar diamanahkan untuk mengadakan aktiviti secara bebas selaras dengan semangat otonomi kampus dan kebebasan akademik.

“Pihak UIA perlu meminta maaf atas tindakannya yang menghalang forum GST serta aksi pihak keselamatan UIA yang merampas mikrofon Rafizi ketika beliau sedang berucap.

“Tindakan sebegini adalah tidak bertamadun dan patut dikutuk sekeras-kerasnya,” dakwanya. – mynewshub.cc

Tags: DAPUIA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd