• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengisian Pesta Kaamatan Sentiasa Ditambah Baik – Ongkili

oleh Ahmad Albab
31/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jawatankuasa Pelaksana dan Koordinasi Pesta Kaamatan sentiasa menambah baik pengisian sambutan Pesta Kaamatan selaras dengan keperluan dan permintaan orang ramai, kata pengerusinya Datuk Seri Maximus Ongkili.

Beliau berkata tahun ini pihaknya menerima banyak cadangan baharu untuk menambah acara sesuai dengan peredaran masa dan bagi mengeksploitasi sepenuhnya bakat-bakat setempat khususnya dalam bidang hiburan seperti persembahan drama muzikal ‘Nunuk Ragang’.

“Pihak Jawatankuasa Dokumentasi Pesta Kaamatan telah menerima permintaan daripada orang ramai termasuk di luar negara agar boleh menyaksikan acara pesta walau di mana mereka berada.

“Justeru, jawatankuasa telah melakukan percubaan ‘live streaming’ yang bersiaran secara langsung acara Sugandoi selama enam jam menerusi laman web rasmi KDCA www.kdca.org.my/livestreaming pada 22 Mei lepas dan mendapat sambutan luar jangkaan iaitu penonton mencecah lebih 100,000 orang dalam tempoh itu,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Pesta Kaamatan peringkat negeri di sini, hari ini.

Majlis penutupan tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Ongkili yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata sambutan pesta kali ini turut dirakamkan oleh kru penyiaran daripada China untuk dijadikan dokumentari.

“Dokumentari itu antara lain merakamkan persamaan budaya kaum KadazanDusun dan Murut (KDM) dengan satu etnik yang ada di China,” katanya.

Turut mengambil bahagian dalam Pesta Kaamatan tahun ini ialah kumpulan daripada Federation of People’s Art Association dari Korea Selatan. – BERNAMA

 

Tags: Pesta Kaamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tahan Ahli Politik Didakwa Cabul Unduk Ngadau

03/06/2021
0

KOTA KINABALU - Seorang ahli politik Sabah yang didakwa mencabul seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan, ditahan polis hari ini....

Aktiviti Ziarah Hanya Pada Hari Raya Pertama

13/05/2020
0

HANYA 20 individu sehari dibenarkan untuk menziarah pada perayaan hari pertama Aidilftri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Menteri Kanan (Kluster...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd