• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penculik Belum Tuntut Wang Tebusan – Wan Junaidi

oleh Ahmad Albab
16/05/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis belum dapat mengesahkan identiti kumpulan yang menculik seorang lelaki dan seorang wanita di Restoran Ocean King di Sandakan tetapi percaya ia dilakukan oleh “orang dalam”, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata polis percaya kumpulan militan Abu Sayyaf dari Filipina juga disyaki terlibat.

Setakat ini, belum ada panggilan atau tuntutan wang tebusan daripada pihak penculik, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penyampaian Anugerah Pingat Kedaultan Negara kepada kakitangan Jabatan Penjara Sarawak dan Sabah di ibu pejabat Jabatan Penjara Sarawak di Jalan Puncak Borneo di sini hari ini.

Menurutnya polis masih menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat perisikan mengenai kes itu.

Wan Junaidi berkata bukan mudah bagi pihak berkuasa keselamatan untuk mengawal pantai Sabah sepanjang 1,400 kilometer.

“Namun, markas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bekerja keras untuk meningkatkan keselamatan di sepanjang kawasan pantai,” katanya.

Pada Khamis, empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King dan menculik lelaki dan wanita itu dengan disaksikan kira-kira 100 pelanggan termasuk kanak-kanak.

Thien Nyuk Fun, 50, kakak ipar pengurus restoran itu adalah seorang daripada mangsa culik dalam kejadian 7.45 malam itu.

Seorang lagi mangsa ialah Bernard Ghen Ted Fen, 39, dari Sarawak yang bekerja sebagai perunding elektrikal di Kemboja.

Penculikan itu adalah yang pertama dilaporkan di Sabah tahun ini dan ia berlaku semasa perintah berkurang dikuatkuasakan dari senja ke subuh yang meliputi 10 daerah dalam kawasan ESSCom termasuk Sandakan. – BERNAMA

Tags: kes culikWan Junaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

11/07/2023
0

PETALING JAYA - Satu peraturan Dewan Rakyat perlu digubal untuk membenarkan usul mendakwa dan memecat Perdana Menteri boleh dibahaskan ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd