• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Kelantan Marah, Akhbar Didakwa Suka Hina Negeri

oleh AK-47
24/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH akhbar tempatan menerima kecaman dan kritikan hebat di laman sosial gara-gara dilihat cuba memburuk-burukkan nama negeri Kelantan menerusi tajuk yang dipilih untuk sesebuah artikel termasuk kes pembunuhan di Cyberjaya, baru-baru ini.

11313093_1114066768609934_8863257591620290020_o

Artikel bertajuk “Lelaki Kelantan diheret ke mahkamah” itu mencetuskan sensasi apabila ia dikatakan memberi gambaran seolah-olah lelaki Kelantan jahat dan sering melakukan aktiviti jenayah.

Rata-rata rakyat Kelantan menyelar tindakan akhbar tersebut sebagai tidak sensitif.

Keadaan tambah panas apabila beberapa lagi laporan lama yang juga disiarkan akhbar berkenaan dan dianggap berunsur ‘hinaan’ kepada rakyat Kelantan kembali dikongsikan hingga isu ini menjadi viral.

Antaranya laporan bertajuk “Penampar mahal lelaki Kelantan” dan “Lengan murid lebam dicubit Ustazah Kelantan”.

Fullscreen capture 5222015 60525 PM

Berikutan itu, beberapa fan page Facebook yang mewakili anak Kelantan seperti Hanya Di Kelate, I Love Kelantan dan The Red Warriors Malaysia menggesa akhbar berkenaan membuat pemohonan maaf kepada rakyat negeri tersebut.

Sebenarnya, kebanyakan pengamal media sendiri sedia maklum bahawa sebarang perkara melibatkan bangsa, agama, mahupun negeri tidak sepatutnya disensasikan dalam laporan yang disiarkan.

Semoga isu sebegini membuka mata semua pengamal media dan menjadi pengajaran agar tiada lagi mana-mana pihak yang terguris hati.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

https://www.youtube.com/watch?v=C48umYivPkI

Tags: akhbarKelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd