• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ops Warta: 640 Ditahan Dan 1,600 Serah Diri – KPN

oleh Ahmad Albab
22/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sehingga semalam, 640 pesalah trafik ditahan manakala 1,600 orang lagi menyerah diri sejak pelancaran Ops Warta pada 19 Mei lepas.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia juga berjaya mengurangkan jumlah waran yang belum diselesaikan daripada kira-kira 1.8 juta kepada 1.5 juta setakat semalam.

Ops Warta dilaksana bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai status waran tangkap yang belum diselesaikan seperti diumum oleh Khalid dalam Ops Selamat 5 yang dilancar semasa perayaan Aidilfitri tahun lepas.

“Kami akan teruskan operasi ini dan saya menyeru kepada pihak yang berkenaan janganlah sampai kami membuat tangkapan kerana sebenarnya kami tak suka buat tangkapan ini.

“Janganlah sampai kami pergi rumah ke rumah, itu adalah langkah terakhir yang ingin kami lakukan, Jadi sekali lagi saya seru supaya mereka yang berkenaan menyemak dengan serta-merta kerana proses menyemak telah dipermudah, melalui telefon bimbit boleh, pergi balai pun boleh, melalui internet pun boleh, macam-macam cara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Pegawai Awam PDRM bersama Ketua Polis Negara yang bertema Bersama Merealisasikan Transformasi PDRM di sini hari ini.

Khalid turut mengakui tindakan menahan pesalah trafik ketika sekatan jalan raya bukan langkah yang baik namun pihaknya tidak mempunyai pilihan lain.

Katanya, mereka yang didapati cuba bersubahat dan melindungi pesalah trafik juga boleh diambil tindakan kerana menghalang penjawat awam melaksana tugas.

Sebelum operasi rumah ke rumah dijalankan, Khalid berkata pihaknya akan mengkaji keberkesanan pelaksanaan Ops Warta selepas dua minggu.

Dalam pada itu, beliau turut ditanya berhubung perkembangan siasatan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya dah cakap sebelum ini bahawa siasatan dilakukan oleh pasukan petugas khas yang dianggotai PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.

“Kami masih menunggu laporan daripada Audit Negara yang khabarnya akan menyelesaikan tugas mereka tidak lama lagi kerana kami tak mahu bertindih-tindih memandangkan dia nak menyiasat dokumen yang sama,” kata Khalid sambil menambah pasukan petugas khas turut menyiasat maklumat baharu dan sudah memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berkaitan bilangan dan identiti individu terbabit. – BERNAMA

Tags: Ops Warta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Warta: 12,880 Pesalah Trafik Serah Diri Di Seluruh Negara

30/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 12,880 pesalah trafik telah menyerah diri kepada polis di seluruh negara sepanjang tempoh 'Ops Warta' yang...

12,133 Pesalah Trafik Serah Diri Di Seluruh Negara Dalam Ops Warta

29/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Sejumlah 12,133 pesalah trafik telah menyerah diri di seluruh negara dalam Ops Warta yang masih berjalan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd