• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Obama Ada Akaun Rasmi Twitter Presiden AS

oleh
19/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akhirnya memiliki sebuah akaun rasmi laman sosial Twitter baharu yang bernama @POTUS dan sudah pun mula digunakan beliau sejak Isnin lalu.

Nama akaun itu yang merupakan singkatan daripada President of the United States ini sebenarnya khusus bagi berkongsi ulasan hal ehwal semasa berkait rapat dengan isu kepresidenan negara kuasa besar dunia itu.

Sebelum ini, selama kurang lebih enam tahun menjadi presiden, Obama kerap menggunakan laman Twitter bagi mengulas isu penting negara tersebut menerusi dua akaun sama ada @WhiteHouse dan @BarackObama.

Namun, difahamkan sesiapa sahaja yang bakal menggantikan Obama kelak sebagai ‘orang nombor satu’ di AS bakal mewarisi akaun @POTUS itu sepanjang tempoh penggal perkhidmatan rasmi sebagai Presiden AS.

Ketika ini, tinjauan media tempatan mendapati, selama Obama masih menjadi Presiden AS, @POTUS tampak seperti akaun peribadi yang kedua bagi beliau sendiri tetapi lebih formal kepada urusan penting kenegaraan.

“Hello, Twitter! It’s Barack. Really! Six years in, they’re finally giving me my own account,” begitu kicauan Tweet pertama menerusi akaun @POTUS memaparkan gambar beliau dengan isteri, Michelle dan sejumlah rakyat AS.

Berdasarkan pemantauan media AS, sehingga berita ini dilaporkan, kicauan pertama akaun @POTUS itu telah pun diulang Tweet atau disebut juga retweet lebih 43,000 kali dan diberi bintang sebanyak 45,000 kali.

Baharu sahaja setengah jam ke udara, akaun tersebut sudah diikuti 211,000 pengguna Twitter, namun hanya 65 akaun yang diikuti @POTUS, tentunya akaun-akaun bekas presiden AS dan badan-badan kerajaan negara itu.

Perkembangan terbaharu ini susulan program bicarawara Jimmy Kimmel Live terbitan stesen televisyen ABC pada 12 Mac lalu yang mendedahkan Obama tidak menghantar mesej teks dan jarang menulis status di Twitter.

Menerusi temuramah eksklusif itu, Obama menceritakan beliau tidak dibenarkan memiliki telefon pintar waima model biasa asalkan mengandungi fungsi rakaman atas sebab-sebab keselamatan termasuk diintip musuh.

“Secara umumnya saya tidak Tweet sesuka hati. Saya tidak menulis (mesej) teks. Saya hanya menghantar e-mel, namun saya masih mempunyai telefon model Blackberry,” katanya lagi semasa ditemu bual oleh Kimmel.

Obama memberitahu, anak perempuannya bagaimanapun ada telefon pintar dan bertukar-tukar mesej dengan rakan-rakannya tetapi terpaksa dihadkan atas faktor keselamatan termasuk kebimbangan dipintas anasir luar. – Agensi/H.A.AMREE

Tags: Barack ObamaBlackBerryTelefon PintarTwitterWhite House
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Putera Mahkota Arab Saudi Bertemu Trump Di Rumah Putih 18 November

Putera Mahkota Arab Saudi Bertemu Trump Di Rumah Putih 18 November

04/11/2025
0

WASHINGTON: Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, akan berkunjung ke Rumah Putih untuk lawatan kerja rasmi bersama Presiden...

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

19/10/2025
0

TAKAHIRO SHIRAISHI: “PEMBUNUH TWITTER” JEPUN DIGANTUNG SAMPAI MATI Oleh Mynewshub  TOKYO, 27 JUN 2025 – Jepun telah melaksanakan hukuman gantung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd