NEPAL sekali lagi dilanda gempa bumi berukuran 7.1 pada skala richter pada kira-kira jam 1 petang waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia).
Menerusi laman makro Twitter Harian Metro (Global), Pengarang Kanan Meja Khas Yusri Abdul Malek melaporkan gegaran dirasai beberapa saat sebelum masing-masing berlari ke kawasan lapang untuk menyelamatkan diri.
Setakat ini tiga gegaran berukuran 7.1, 5.6 dan 6.3 skala richter telah berlaku dalam tempoh beberapa minit di ibu negara Nepal, Kathmandu.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=RIcZJHOSWBA
Oleh: JASMIN




