• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Duke: Dua Pemandu Myvi Mengaku Tidak Bersalah

oleh AK-47
11/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter
 Siti Nor Aini, 35, menutup wajah dengan selendang ketika dibawa keluar ri Mahkamah Majistret, pada Jumaat. Foto: Riza Razak/Mynewshub
Siti Nor Aini, 35, menutup wajah dengan selendang ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Jumaat. Foto: RIZA RAZAK/MYNEWSHUB

KUALA LUMPUR: Dua pemandu kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Duke awal pagi sabtu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Tertuduh, Siti Nor Aini, 35, dan Mohamad Fizal Reza Jamauddin,31,  mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Kedua-dua mereka dituduh di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan bahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak di Lebuh raya Duta-Ulu Klang (DUKE).

Tertuduh pertama, Siti Nor Aini diwakili peguam bela S. Ravenesan, S Preakas dan Cantius Leo Camoens manakala Mohamad Fizal Reza diwakili Hashim Ibrahim.

Timbalan pendakwaraya, Suhaimi Ibrahim mencadangkan pihak mahkamah agar mengenakan jumlah ikat jamin sebanyak RM15,000 setiap seorang serta lesen memandu mereka ditarik.

Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, seksyen 41(5) lesen memandu serta pasport tertuduh boleh digantung sehingga kes selesai.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan memutuskan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 beserta seorang penjamin bagi setiap seorang.

Lesen memandu kedua-dua tertuduh turut digantung manakala pasport antarabangsa mereka ditahan.

Mahkamah memutuskan sebutan semula kes pada 22 Jun 2015.  – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=Q4xkhyRvRp4

Oleh: SYAFIK AKHIR
Foto/Video: RIZA RAZAK

Tags: lumba haramNahas Duke
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

9 Mat Rempit Termasuk Wanita Ditahan Kerana Lumba Haram

01/08/2024
0

Iskandar Puteri : Lapan penunggang motosikal dan seorang pembonceng yang melakukan aksi 'Superman' ketika menunggang motosikal dicekup Skuad 42 Bahagian...

5 Remaja Termasuk 3 Pelajar Sekolah Ditahan Disyaki Lumba Haram

5 Remaja Termasuk 3 Pelajar Sekolah Ditahan Disyaki Lumba Haram

21/07/2024
1

ALOR GAJAH : Seramai 23 lelaki termasuk pelajar sekolah terpaksa 'menapak' sejauh kira-kira tiga kilometer sambil menyorong motosikal selepas ditahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd