• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Matlamat PLKN Di Malaysia Tak Sama Negara Lain

oleh Ahmad Albab
28/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Matlamat pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Malaysia tidak sama dengan negara lain, yang lebih menumpukan kepada elemen pertahanan negara, seperti latihan ketenteraan semata-mata.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata pendekatan kerajaan sebaliknya lebih bersifat holistik, bukan sahaja untuk melahirkan pelatih yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi malah berkemahiran serta bersedia untuk pasaran kerjaya.

“Sejak dilaksanakan 10 tahun lalu, PLKN telah melahirkan ramai modal insan yang lebih berdisiplin. Justeru kerajaan bercadang untuk menambah baik program ini dengan menerapkan aspek kemahiran sebagai nilai tambah kepada PLKN,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu).

Zainudin ingin tahu sama ada kerajaan melihat serta menjadikan modul dari negara lain yang turut melaksanakan program seumpama PLKN sebagai panduan.

Menjawab soalan asal Zainudin, Abdul Rahim berkata semasa tempoh penangguhan PLKN tahun ini, kementerian melaksanakan makmal tranformasi, melibatkan pelbagai agensi, pihak swasta serta wakil ibu bapa untuk mendapatkan cadangan bagi menambah baik program itu.

“Hasil makmal itu, dicadangkan selain kekalkan elemen dan teras latihan PLKN sedia ada, elemen ‘soft skill’ (kemahiran insaniah) dan ‘hard skill’ (kemahiran lahiriah) akan digabung dalam modul baharu, namun kajian terperinci akan diperhalusi dengan agensi terlibat sebelum cadangan ini dibentang dan dilulus jemaah menteri.

“Rasional penerapan modul baharu ini adalah sebagai persediaan kepada keperluan kerjaya yang mahukan modal insan berkemahiran, selain memberi peluang kepada pelatih yang tidak dapat menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi, diberi pendedahan ilmu kemahiran waktu di dalam kem PLKN,” kata Abdul Rahim.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Baharu) yang mahu tahu sama ada kerajaan akan mengkaji semula sistem pemilihan pelatih PLKN yang selama ini dilakukan secara rawak, beliau berkata pendekatan baharu akan digunakan dengan memberi tumpuan kepada mereka yang tidak berpeluang ke institusi pengajian tinggi.

“Ratio bagi 2016 kita akan kekalkan 70 peratus pelatih dipilih secara kompulsari dan selebihnya secara sukarela, manakala bagi 2017 pula kita bercadang untuk memilih 60 pelatih secara kompulsari, manakala selebihnya secara sukarela.

“Pengambilan pelatih bagi 2018 pula ialah 50 peratus sukarela dan 50 peratus kompulsari, manakala pada 2019 dicadangkan 100 peratus pelatih menyertai PLKN secara sukarela,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/J1CliJ9yd3Q

Tags: PLKN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang bermula hari ini akan mengikuti modul latihan...

2 Individu Dan Syarikat Didenda RM70 Juta Bawa Masuk Rokok Tiada Cukai

Semangat Patriotik, Cinta Negara Kurang Jadi Asas Utama Laksana Semula PLKN

28/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Kurang patriotik selain kurang semangat cintakan negara dalam kalangan belia menjadi asas utama kerajaan memutuskan untuk mengembalikan Program...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd