• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masjid Bukan Platform Untuk Kempen PRK Permatang Pauh

oleh Ahmad Albab
02/05/2015
dalam Terkini
1
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Majlis Agama Islam negeri Pulau Pinang (MAINPP) diminta memperkemas peraturan sedia ada bagi mengelakkan masjid dijadikan pentas politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jika perkara itu tidak dikawal, ia boleh menyebabkan perbalahan dan pergaduhan yang akan membawa kesan buruk kepada perpaduan ummah.

“Saya selalu pesankan kepada khatib-khatib di masjid dan walaupun kami memahami ia di bawah bidang kuasa kerajaan negeri kami minta satu kerjasama yang rapat dengan kami supaya masjid adalah tempat, zon yang kita anggap sebagai satu kawasan keamanan dan ketenangan untuk semua pihak.

“Tapi kalau mimbar masjid sudah digunakan untuk tujuan dan matlamat-matlamat kepentingan satu-satu parti politik yang didukung khususnya oleh khatib itu maka bagaimana pula perasaan dan anak makmum yang di bawah,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis ramah mesra serta penyampaian bantuan sumbangan kepada pengurusan sekolah agama, masjid dan surau, di Masjid Timah di sini hari ini.

Semalam, khatib Masjid Batu di Kampung Pertama di Permatang Pauh, dekat sini menyampaikan khutbah Jumaat meminta anggota jemaah mengundi calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini.

Masjid Batu menjadi tumpuan penyokong tegar PAS dengan pelbagai kegiatannya disertai anggota dan penyokong parti itu.

Ditanya sama ada tindakan akan dikenakan terhadap khatib itu, Jamil Khir berkata hal ehwal agama Islam terletak di bawah tanggungjawab kerajaan negeri.

PRK Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Dr Wan Azizah, calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin, Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

PRK itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan setelah disabitkan kesalahan liwat. – BERNAMA

https://youtu.be/7moUwpz-y1c

Tags: Jamil KhirPRK Permatang Pauh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Indonesia ‘Haram’ Liga Bola Sepak Tempatan

Next Post

TMJ Beri Mario Gomez Kuasa Penuh Rombak JDT

Related Posts

Kerajaan Laksana Prinsip Maqasid Al-Syariah

27/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional telah mempraktikkan lima prinsip maqasid al-syariah sepanjang pemerintahan bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat....

Isu Jantina, Nur Sajat Dedah Motif Sebenar Papa Gomo?

17/01/2018
0

MISTERI jantina usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat rupa-rupanya turut menarik minat ramai pihak termasuklah penulis-penulis blog tanah air. Antaranya ialah...

Next Post

TMJ Beri Mario Gomez Kuasa Penuh Rombak JDT

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd