• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Culik Di Sandakan Giat Dikesan

oleh Ahmad Albab
17/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis Sabah giat mengesan suspek serta dua mangsa yang diculik empat lelaki bersenjata dari sebuah restoran makanan laut di Sandakan malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata selain mengambil keterangan daripada saksi dan pekerja restoran terbabit, pihak polis turut menahan 15 telefon bimbit pekerja restoran berkenaan untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian 7.26 malam itu, Thien Nyuk Fun, 50, dari Taman Mawar, Jalan Sibuga, Sandakan dan Bernard Then, 39, seorang konsultan dari Kuala Lumpur dilarikan dari Restoran Ocean King oleh empat lelaki yang berpakaian celoreng dengan bot laju.

“Semasa kejadian, Thien beserta dua anaknya yang juga pemilik restoran bersama seorang lagi rakan mereka baru selesai makan.

“Sementara Thien yang tiba di Sandakan pagi semalam untuk bercuti selama tiga hari, sedang makan bersama isteri dan seorang rakan,” katanya.

Jalaluddin berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), keempat-empat suspek datang dari arah tangga sisi di bahagian belakang restoran atas air itu tanpa mengenakan sebarang penutup muka.

Menurutnya, seorang suspek berbaju T biru dan berseluar celoreng, manakala yang lain berpakaian celoreng lengkap dengan seorang daripada mereka menyandang rangkaian peluru di bahunya.

Senjata yang dibawa suspek ialah jenis laras panjang dan pistol, katanya.

“Meskipun semua suspek tidak memakai penutup muka, namun saksi-saksi takut untuk memandang mereka sebagai langkah menjaga keselamatan diri masing masing,” katanya.

Jalaluddin berkata siasatan dan usaha mengesan suspek dan mangsa dilakukan dengan bantuan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) yang diketuai Komandernya Datuk Abdul Rashid Harun, pasukan Polis Marin, Gerakan Am, Cawangan Khas dan Angkatan Tentera Malaysia. – BERNAMA

Tags: kes culikSabah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd