• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahal Tapi Susu Unta Makin Popular Di Australia

oleh
27/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELBOURNE – Harga biasa bagi seliter susu unta di Australia ternyata lebih mahal berbanding sebotol anggur apabila produk tenusu haiwan padang pasir itu mampu cecah A$25 (RM70) perliter.

Tidak hairanlah bisnes susu unta kini menjadi industri yang paling berkembang pesat di Australia, bahkan ada pelanggan perlu menunggu lama sehingga empat bulan untuk mendapatkan stok terbaharu produk haiwan ini.

Ekoran tingginya permintaan, pihak pengeluar susu unta di negeri Victoria terpaksa melakukan semakan jumlah haiwan spesies mamalia ini yang biasanya hanya mudah ditemui di kawasan gurun tandus di Australia Tengah.

Pilihan lain ialah menerusi acara lelongan berlangsung setiap Sabtu, apabila kira-kira 200 ekor unta dijual di Shepparton, Victoria Utara kepada pihak industri tenusu tempatan yang perlu bersaing sengit untuk bidaan.

Keluarga Ebony Loffel, misalnya, agak bertuah kerana berupaya menangkap sendiri unta-unta liar berkeliaran bebas di kawasan tanah luas milik mereka yang termasuk padang pasir terletak di pedalaman Australia Selatan.

Kemudian unta ini akan diangkut ke Mooroopna, dekat Shepparton, sebelum dijual kepada pihak pengilang susu dan bagi pemilik unta sedia ada, ia memang bentuk perniagaan amat menguntungkan mereka di Australia Selatan.

“Ada banyak permintaan susu unta ketika ini daripada rakyat Australia, dan kami secara kebetulan pula ada banyak unta betina dengan bayi yang susunya juga boleh diperah secara kuantiti tinggi,” kata Loffel.

Dalam acara lelongan yang diadakan sebelum ini, misalnya di kawasan Goulburn Valley, seekor unta pernah dijual pada harga antara serendah A$300 (RM839) sehingga paling mahal boleh mencecah A$600 (RM1,678).

Ejen pelelong unta tempatan mengaku begitu banyak permintaan ketika bidaan, baik daripada pembeli yang akan menjadikan unta sekadar sebagai haiwan peliharaan keluarga mahupun untuk diternakkan secara komersial.

Unta mula dibawa masuk ke Australia pada 1870 dari India selain wilayah Arab sebagai pengangkutan di padang pasir, dan sehingga 2013 lalu, dianggarkan ada kira-kira 300,000 ekor unta mendiami negara tersebut.

Loffel dalam pada itu menjelaskan, permintaan yang mendadak meningkat kini menjadi seumpama kejutan dan trend ini sebenarnya baharu lagi dalam 12 bulan kebelakangan sehingga ia benar-benar popular di Australia.

“Ada beberapa perusahaan tenusu dibina di negeri Australia Barat dan Queensland, malah sebuah kilang susu unta di wilayah Shepparton terpaksa diperbesarkan bagi menampung permintaan,” katanya. – Agensi/HAA

Tags: Australiagurunsusuunta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

14/12/2025
0

SYDNEY, 14 Disember – Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan maut dalam satu insiden tembakan yang menggemparkan Bondi Beach, antara pantai paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd