SEORANG lelaki telah terperangkap dalam tandas tren yang digunakan selama 15 minit ketika dalam perjalanan ke destinansi yang ditujunya.
Steven Staples yang menaiki tren Southeastern telah meminta bantuan dari syarikat tren tersebut melalui laman sosial twitter.
Steven sangat bertuah kerana laman twitter syarikat berkenaan membalas mesej pertolongan dia dengan segera.
Itu pentingnya sentiasa mengemaskini laman sosial syarikat kerana jika berlaku hal seperti ini, langkah-langkah terbaik boleh diambil dengan pantas.
Steven berjaya dikeluarkan selepas 15 minit terperangkap, nasib baik teknologi semakin moden, kalau tidak terpaksalah Steven menjerit sekuat hati meminta tolong orang di luar.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Pitt