• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komander Esscom Puas Hati Tahap Kerjasama Pegusaha Resort

oleh Ahmad Albab
07/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun berpuas hati dengan tahap kerjasama yang diberikan oleh pengusaha resort dalam membantu memantapkan lagi kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), terutama di perairan Semporna.

Beliau berkata terdapat resort yang sudah memasang radar keselamatan dengan inisiatif sendiri, dan majoriti pekerja mereka pula adalah orang tempatan.

Abdul Rashid berkata beliau gembira dan menyifatkannya sebagai perkembangan yang baik dalam membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan, khususnya penculikan.

“Berdasarkan tinjauan dan pemantauan yang dibuat anggota keselamatan ESSCom beberapa hari lepas, kami dapati ada resort yang sudah dilengkapi dengan kemudahan radar termasuk di Pulau Mataking.

“Pengusaha resort juga mematuhi arahan supaya tidak mengambil pekerja asing. ESSCom amat menghargai kerjasama ini dan berharap ia berterusan,” katanya ketika berucap pada Majlis Santai ESSCom Bersama Belia Lahad Datu, di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Ruji Ubi, Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali, Pengarah Logistik dan Urus Tadbir ESSCom Brig Jen Subari Tomo, Pengarah Komponen Laut ESSCom Laksamana Pertama Maritim M. Karunanithi, Pengarah Bahagian Perisikan ESSCom Datuk Md Rahim Mohammad, Pengarah Bahagian Tindakan Awam ESSCom Wan Mohd Khalid Wan Kamal, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad dan para pemimpin persatuan belia Lahad Datu.

Selain itu, Abdul Rashid berkata anggota keselamatan ESSCom membuat tinjauan dan pemeriksaan di beberapa pusat ternakan ikan dalam sangkar di sekitar perairan Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu dalam usaha mengukuhkan lagi kawalan keselamatan di kawasan terbabit.

“Operasi pemeriksaan ini bertujuan mengesan pekerja asing yang tidak berdokumen selain mengingatkan pengusaha ternakan ikan supaya sentiasa berwaspada bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rashid menyeru golongan belia ESSZone supaya terus membantu pihaknya dari segi penyaluran maklumat terutama melibatkan kes penyeludupan dan pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Bukan mudah untuk menangani masalah penyeludupan dan kemasukan PATI. Sebab itu, semua pihak termasuk golongan belia perlu berganding bahu bagi mengekang aktiviti rentas sempadan ini,” katanya.

Bagi membersihkan ESSZone daripada PATI, Abdul Rashid berkata Operasi Bersepadu Khas yang diterajui ESSCom dilancarkan, dan operasi itu kini giat dilaksanakan secara berterusan di pusat bandar Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

“Operasi bersepadu itu ternyata membuahkan hasil. Kami berjaya membetulkan keadaan, sekali gus menyaksikan peniaga tempatan mendominasi semula aktiviti perniagaan kecil-kecilan, khususnya kawasan pasar utama bandar terbabit,” katanya. – BERNAMA

Tags: EsscomEsszone
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV Diteruskan Dengan Tabal Pusaka

Next Post

Banduan Lelaki Dakwa Dicabul 2 Pengawal Penjara Wanita

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Next Post

Banduan Lelaki Dakwa Dicabul 2 Pengawal Penjara Wanita

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd