• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Mohammad Cedera Dibaling Batu

oleh Ahmad Albab
09/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERMATANG PAUH – Seorang jurugambar bebas portal berita KL Express, menerima lapan jahitan di kepalanya selepas cedera terkena batu yang dibaling sekumpulan penyokong parti politik ketika merakam kekecohan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Liat di sini, hari ini.

Mahathir Mohammad, 40, berkata, dalam kejadian 11.30 pagi itu, berlaku provokasi di antara dua kumpulan penyokong yang meraih undi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sehingga bertikam lidah sebelum mereka bertindak mengambil batu-batu di atas jalan raya dan membaling antara satu sama lain.

Berikutan kejadian itu, beliau yang juga seorang blogger, bertindak mengambil kameranya dan merakamkan situasi berkenaan namun beliau terkena batu yang dibaling penyokong parti sehingga kepalanya berdarah.

“Ini kali pertama saya mengalami kecederaan ketika bertugas lebih lima tahun terbabit dalam bidang ini…Alhamdullilah, kecederaan saya tidak serius dan dirawat di Hospital Bukit Mertajam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau dirawat sebagai pesakit luar di hospital berkenaan.

Mahathir berkata, beliau tidak membuat laporan polis dan menganggap kejadian itu sebagai pengalaman dan panduan supaya lebih berhati-hati dalam bertugas.

Selain SK Tanah Liat, kekecohan juga dilaporkan berlaku di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin.

Bagaimanapun, keadaan tegang itu dapat dikawal sepasukan anggota polis yang bertugas dengan meningkatkan kawalan keselamatan di tempat-tempat berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi PRK Parlimen Permatang Pauh ACP Azmi Adam berkata pihaknya tidak menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

Sehingga 4 petang ini, proses pengundian di semua pusat mengundi berjalan lancar, katanya ketika dihubungi di sini.

PRK Permatang Pauh ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas). – BERNAMA

https://youtu.be/rJrflpPXmBM

Tags: PRK Permatang Pauh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Kit Siang Sokong Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang

11/05/2015
0

KETUA parti DAP Lim Kit Siang menerusi laman blognya hari ini menzahirkan sokongannya terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan...

PRK Rompin & Permatang Pauh: Kejutan Peringatan Untuk BN

08/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai 'wake-up call' atau kejutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd