• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan India Sumbang Buku Teks Tamil Dan Inggeris Untuk SJKT

oleh Ahmad Albab
13/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan India memberi sumbangan buku teks Bahasa Tamil dan Inggeris untuk kegunaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan.

Katanya sumbangan itu disampaikan menerusi Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia yang bertujuan menambah baik mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil.

“Selain Bahasa Tamil, sumbangan buku teks Bahasa Inggeris juga dapat menambah baik sistem pengajaran dan pembelajaran di SJKT di seluruh negara.

“Sebanyak 524 SJKT akan menerima buku teks berkenaan, setiap sekolah akan menerima 30 buah buku teks,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan khas buku teks Bahasa Tamil dan Inggeris oleh kerajaan India kepada SJKT di Universiti Malaya, di sini hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, T.S. Tirumurti.

Dalam pada itu, Kamalanathan berkata program ‘Malaysian Indian Education Road Show’ (MINDER) anjuran Kementerian Pendidikan yang dilancarkan pada 24 Jan lepas akan mengadakan sesi penerangan untuk golongan belia India di Universiti Malaya esok.

Program MINDER yang diadakan di seluruh negara itu akan membantu golongan muda kaum India mengenai peluang-peluang dalam pendidikan tinggi dan menerangkan bagaimana untuk membuat permohonan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) dan lain-lain institusi pengajian tinggi, katanya. – BERNAMA

Tags: SJKT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Umum Tambahan RM30 Juta Untuk SJKT

PM Umum Tambahan RM30 Juta Untuk SJKT

10/06/2023
0

Shah Alam : Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta, bagi tujuan membiayai kerja-kerja membaikpulih...

Pengenalan Tulisan Khat Di SJKC, SJKT Diteruskan

08/08/2019
0

PUTRAJAYA - Jemaah menteri memutuskan supaya pengenalan tulisan khat diteruskan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd