• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan PRK P.Pauh Tunjuk SImptom Positif Kepada BN

oleh Ahmad Albab
07/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERMATANG PAUH – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh menunjukkan simptom positif kepada Barisan Nasional (BN), kata Pengarah Pilihan Raya Jentera BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Simptom positif ini memberi sinar baharu kepada perjuangan UMNO di Permatang Pauh. Tahniah dan syabas kepada pengundi yang sebelum ini berstatus hitam, kini telah memberi sokongan kepada BN,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Operasi BN di sini, malam ini.

Beliau berkata walaupun tewas PRK itu namun, ia menampakkan perubahan dan peningkatan sokongan yang besar kepada BN.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang kerusi Parlimen itu dengan majoriti 8,841 undi apabila memperoleh 30,316 undi untuk mengalahkan calon BN Suhaimi Sabudin yang mendapat 21,475 undi.

Dua lagi calon iaitu Salleh Isahak (Bebas) mendapat 367 undi dan Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia memperoleh 101 undi. Undi rosak ialah 843 undi.

Ahmad Zahid berkata BN telah mencatatkan kemenangan moral di Permatang Pauh dan mahu jentera parti terus bersemangat dan bermotivasi dengan angin perubahan di kawasan Parlimen itu.

“Isu-isu nasional yang dimanipulasi oleh pembangkang harus ditangani segera melalui penjelasan agar ia tidak menjadi barah dalam minda masyarakat.

“Kerajaan BN sedar Permatang Pauh amat dahagakan pembangunan dan ingin melihat apakah yang mampu dilaksanakan Pakatan Rakyat kepada masyarakat di sini dalam tempoh tiga tahun ini,” katanya.

Menurutnya BN menerima keputusan itu dengan hati terbuka kerana kuasa rakyat adalah kuasa penentu mutlak.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri terkilan dengan beberapa insiden tidak diingini sepanjang pilihan raya kecil itu berlangsung.

Walaupun pasukan keselamatan mengadakan kawalan rapi, tetapi masih ada segelintir pihak yang menolak peraturan, katanya.

“Jika inilah bentuk demokrasi, pada hemat saya, ada harga mahal yang perlu dibayar jika pemimpin pihak yang merestui perbuatan mereka ini tidak menunjukkan demokrasi,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRK Permatang PauhZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd