• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keperluan RUU Keharmonian Nasional Masih Dikaji

oleh Ahmad Albab
27/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih mengkaji keperluan Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional yang sedang dalam proses perbincangan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jika kerajaan membuat keputusan untuk menggubal rang undang-undang itu, ia akan lebih bersifat sebagai suatu langkah pencegahan sebelum membawa kepada penguatkuasaan Akta Hasutan 1948.

“Akta ini boleh diandaikan bertujuan memupuk masyarakat yang akan sentiasa mengutamakan perpaduan negara dan mencegah daripada perkara-perkara yang boleh membawa kepada kemudaratan solidariti nasional kita,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) di Dewan Rakyat hari ini.

Sim ingin tahu status cadangan penggubalan Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional selepas pindaan ke atas Akta Hasutan 1948 diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Di samping itu, Najib mengulangi bahawa jika pihak kerajaan membuat keputusan untuk menggubal rang undang-undang itu, ia akan menterjemahkan tindakan bagi mempromosi keharmonian nasional berasaskan empat eleman penting iaitu hormat-menghormati, tolong-menolong, kerjasama dan jaringan.

Beliau berkata sehingga kini pelbagai inisiatif telah dan masih dilakukan bagi mendapatkan input-input serta pandangan daripada pihak berkepentingan berhubung penggubalan akta itu.

Menurut perdana menteri, antara inisiatifnya ialah melalui penganjuran forum dan seminar serta Perbincangan Meja Bulat (RTD) yang dijalankan kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional (JPNIN) bersama jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), badan profesional dan badan agama.

“Akhir sekali, kerajaan berpandangan pendekatan secara positif dan berterusan bagi mempromosi keharmonian agama dan kaum di negara ini perlu sentiasa dilaksanakan,” katanya.

Pada Julai 2012, Akta Hasutan 1948 dicadang supaya dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Bagaimanapun, Perdana Menteri dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2014, mengumumkan pengekalan Akta Hasutan bagi memastikan keamanan dan keharmonian negara yang dikecapi selama ini dapat dipertahankan. – BERNAMA

 

Tags: Najib Tun RazakRang Undang-Undang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd