• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepentingan Rakyat Diutamakan Selesaikan Isu Kad Prabayar

oleh Ahmad Albab
02/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERMATANG PAUH – Usaha mencari penyelesaian kepada isu kad prabayar harus menjurus kepada kepentingan rakyat dan negara secara keseluruhannya, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Selain itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata hasil perbincangan dengan semua pihak berkenaan haruslah bersifat ‘menang-menang’ yang memanfaatkan semua pihak sebelum dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk tindakan selanjutnya.

“Kami akan cari jalan terbaik bagaimana mencari kaedah-kaedah dan pilihan yang sesuai, dan akhirnya menguntungkan rakyat dan negara.

“Dan, saya mahukan pihak telco (syarikat telekomunikasi) juga beri kerjasama serta memahami sentimen rakyat, kerana ini perkara yang tak boleh saya kompromi,” katanya kepada pemberita di pusat media Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Shabery berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan segera mengadakan perbincangan yang komprehensif dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Komunikasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta syarikat-syarikat telekomunikasi.

Ahmad Shabery berkata perbincangan dan kajian juga harus dibuat dengan teliti kerana proses mencapai penyelesaian adalah agak kompleks, dan ia perlu mengambil kira kesulitan yang dialami semua pihak.

“Sebagaimana kita tahu, ini bukan soal 60 sen (penambahan daripada harga asal kad prabayar) atau enam peratus (nilai cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan), kerana ia melibatkan banyak pihak.

“Kad prabayar atau tambah nilai prabayar merupakan suatu ekonomi tersendiri…ia melibatkan akar umbi yang banyak dalam sistem kita. Ia seperti wang dan syarikat telco (telekomunikasi) bukannya menjual secara langsung tetapi ia mempunyai lapisan tertentu yang semuanya mesti diambil kira dalam soal ekonomi prabayar,” jelas beliau.

Sebagai contoh, katanya, kebanyakan ejen penjual kad prabayar di peringkat bawahan sudah membeli baucar dengan nilai terdahulu dan agak sukar untuk mereka menjual kepada pelanggan sekiranya nilainya berubah mendadak.

“Ini antara perkara yang perlu kita teliti kerana ia tidak boleh diubah dalam masa sehari dua,” katanya.

Ditanya mengenai kekeliruan yang timbul akibat kenyataan berbeza daripada agensi-agensi terlibat, Ahmad Shabery berkata semua pihak mengeluarkan kenyataan berdasarkan dasar dan profesionalisme dalam tugas masing-masing.

“SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) sebenarnya memberitahu secara teknikal bahawa proses untuk mengubah sistem ini tidak boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat…itu sahaja,” kata beliau.

Sebelum ini, media melaporkan Kastam mengarahkan syarikat telekomunikasi untuk menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 April.

Bagaimanapun, arahan iu yang sepatutnya berkuat kuasa semalam, ditangguhkan selepas Pengerusi SKMM Datuk Seri Dr Halim Shafie menyatakan pada Rabu bahawa isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan kadar dikenakan GST.

Penyelarasan harga kepada kadar pra-GST itu agak mustahil untuk dilaksanakan bermula 1 Mei seperti yang diminta kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem, katanya.

Ditanya mengenai pilihan yang akan diambil kira, Ahmad Shabery berkata antara cadangan itu ialah kemungkinan meminta syarikat telekomunikasi menyerap cukai 6 peratus itu.

Namun, Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengkaji peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan perkara itu dapat dilakukan.

Selain itu, katanya, kementerian akan mencadangkan kepada kesemua syarikat telekomunikasi untuk menyalurkan keuntungan yang diperoleh kepada golongan sasar sekiranya mahu harga selepas GST dikekalkan.

“Mungkin mereka dapat memikirkan pakej yang lebih baik lagi untuk golongan yang memerlukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Shabery
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stok Bekalan Beras Negara Mencukupi

03/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memastikan stok bekalan beras negara mencukupi mengikut kadar ditetapkan, meskipun berlaku kejadian bencana alam atau...

Buka Peluang Wanita Ceburi Pertanian – Shabery

09/03/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakkan pelbagai agensi di bawahnya untuk membuka lebih banyak peluang bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd