Besok bakal berlangsung pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh yang menyaksikan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) serta dua lagi calon bebas.
Entah kali ke berapa dah ni antara Wan Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding gilir-gilir di sana atas sebab yang lebig berbentuk peribadi.
Apakah beberapa bulan lagi kalau rayuan Anwar Ibrahim untuk dibebaskan diterima diterima, sekali lagi PRK akan diadakan di sana bagi membolehkan beliau kembali menjadi Ahli Parlimen (MP)?
Mungkin orang di Permatang Pauh tak kisah dan suka kot mengundi keluarga Anwar berulang kali tanpa merasakan diri mereka dipergunakan.
Namun, bukan itu yang penulis mahu ketengahkan di sini. Tumpuan adalah kepada para pengundi atas pagar.
Penulis mahu memberikan cadangan kepada pengundi atas pagar yang mungkin belum memutuskan lagi hendak mengundi siapa esok.
Kepada penyokong Pakatan Rakyat atau BN, penulis tak nak cakap apa-apa sebab anda sudah tentu sudah pun menetapkan pendirian anda bukan.
Namun untuk yang atas pagar ni, ambillah peluang kali ini untuk beri undi anda kepada BN pula.
Mengapa?
Bukan sebab Pakatan duk bertelagah pasal hudud ke apa….
Tetapi…seperti yang kita semua tahu, Permatang Pauh adalah lubuk dan kubu Anwar Ibrahim selama ini.
Sudah tentulah agak sukar untuk menang kan.
Namun, bayangkan kalau BN menang?
Masa tu mintaklah nak mintak apa…
Lihat la pembangunan dan macam-macam benda akan sampai…
Yelah…kubu kuat Anwar berjaya ditawan….sudah tentu ia akan cuba dipertahankan sehingga selepas pilihan raya umum akan datang.
Dan untuk terus dipertahankan…sudah tentu BN perlu memastikan masyarakat Permatang Pauh senang dengan pentadbiran BN.
Senang termasuklah benda-benda macam pertambahan peluang pekerjaan…rumah Prima… jalan raya yang lebih baik dan macam-macam.
Ini bukan rasuah ok… ini akan datang selepas undian sudah dibuat.
Kalau Wan Azizah mentadbir, cakap terus terang dan menggunakan lojik pun kita tahu tak banyak yang akan sampai dari pusat.
Satu hal mungkin Wan Azizah sendiri tak nak terlalu banyak bantuan kerajaan pusat tiba sehingga beliau dilihat tidak berkemampuan dan tidak tahu buat kerja.
Lagipun bukan apa… kalau Wan Azizah menang…dengan Anwar pun dah kat dalam… apa yang penduduk kat Permatang Pauh akan dapat?
Ucapan terima kasih?
Okay jugak ucapan terima kasih…tapi lepas tu Wan Azizah dah tentu sibuk dengan nak jaga Kajang… nak jadi Presiden parti.. dan macam-macam.
Wan Azizah tak pegang kerajaan persekutuan, so takda apa dia leh janji atau bawak kepada penduduk Permatang Pauh.
Namun senario itu akan berbeza kalau calon BN yang menang. Mudah untuk difahami kan.
Jadi kalau anda pengundi atas pagar dan masih tercari-cari jawapan siapa… penulis cadangkan BN.
Bukan atas semangat politik tetapi faedah yang menanti anda semua.
Jangan terlalu emosi tetapi ambil peduli.
Yang menanti lagi sensasi…
Baik undi
BN.
Psttt…Kalau anda penyokong PAS pun…leh pertimbangkan BN memandangkan petang tadi pun dengar kata dah mula bergaduh …bukan apa…fekdah fekdah yang mendatang tu nanti…anda pun tumpang merasa…
Oleh: Satu Hala