• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Setuju Beli Topup RM10 Dapat RM10 – Ahmad Shabery

oleh AK-47
16/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kabinet hari ini bersetuju supaya kad tambah nilai prabayar telefon dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) untuk tambah nilai kad prabayar akan dikenakan atas penggunaan iaitu apabila pengguna menggunakannya.

“Kerajaan berpandangan cara ini adalah lebih sesuai kerana kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata syarikat-syarikat telekomunikasi dikehendaki melaksanakan kaedah dan pendekatan ‘beli RM10 dapat RM10’ sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.

Pada masa yang sama, katanya, pengenaan CBP atas tambah nilai prabayar akan diteruskan pada kaedah sedia ada sehingga formula ‘beli RM10 dapat RM10’ dilaksanakan.

Bagi mengimbangi kesan pengenaan CBP, Ahmad Shabery berkata kementerian telah meminta syarikat telekomunikasi untuk menurunkan tarif perkhidmatan mereka.

Syarikat telekomunikasi juga digesa menawarkan pakej-pakej mampu milik kepada golongan sasar seperti pelajar, katanya.

“Dulu panggilan dikenakan RM2.40 tetapi kini ia hanya 0.33 sen. Tidak mustahil kadar ini akan turun lagi pada masa akan datang.

Trend menunjukkan ia akan semakin murah dan tidak membebankan rakyat dan tidak merugikan syarikat telekomunikasi.
“Kita berharap industri telekomunikasi terus berkembang dengan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya.

Ahmad Shabery menjelaskan bahawa formula ‘beli RM10 dapat RM10’ itu memerlukan masa enam bulan bagi syarikat telekomunikasi mengkonfigurasi sistem.

Beliau berkata ia akan melalui satu proses yang rumit dan melibatkan pelbagai lapisan dan ejen pengedaran serta pelbagai pilihan pengisian tambah nilai prabayar seperti kad fizikal, tambah nilai secara maya, internet dan perbankan mudah alih serta mesin ATM.

Sebelum ini, katanya, ia mengambil masa lapan hingga 10 bulan untuk mengkonfigurasi sistem untuk melaksanakan CBP pada 1 April yang lepas.

Ahmad Shabery berkata kerajaan akan sentiasa memastikan agar pelaksanaannya
tidak merugikan rakyat.

“Dalam masa yang sama, kerajaan juga ingin melihat tahap kualiti perkhidmatan yang baik daripada syarikat-syarikat telekomunikasi,” katanya.

Ekonomi sektor prabayar adalah besar dengan hasil kira-kira RM15 bilion setahun.

Sebelum ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengarahkan syarikat telekomunikasi agar menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan CBP pada 1 April.

Namun, arahan yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Mei itu ditangguh selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuat kenyataan bahawa agak mustahil perkara itu dilaksanakan kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula pada sistem bagi menyelaraskan harga jualan.-BERNAMA

Tags: Ahmad Shaberykabinet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

23/10/2025
0

KOTA KINABALU: Perincian dasar dan polisi yang terkandung dalam draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli dijadualkan akan dibentangkan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd