KUALA LUMPUR – Bekas penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz akan kembali menyarung jersi Harimau Selatan bagi membantu pasukan itu meneruskan misi dalam kempen Piala AFC musim ini.
Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dalam satu kenyataan media memberitahu, Diaz dipanggil balik bagi memperkuatkan barisan serangan JDT dijangka tiba di Johor pada Selasa ini.
“Kontrak beliau bersama JDT untuk Liga Malaysia pula akan disambung kembali untuk satu setengah tahun mulai Disember 2015 hingga 2017 selepas beliau kembali dipinjamkan ke Liga Perancis dan Amerika,” kata kenyataan itu hari ini.
PBNJ sebelum ini membuat keputusan menjual Diaz kepada sebuah kelab di Brazil dan membawa masuk Patricio Rodriguez serta Alhaji Kamara dengan status pinjaman daripada kelab asal masing-masing.
PBNJ turut memaklumkan, Kamara akan dipulangkan ke kelab asalnya di Sweden, manakala Diaz akan dipinjamkan ke club Perancis atau Amerika Syarikat selepas tamat pertandingan AFC 2015.
“Patito Rodriguez akan membantu JDT dalam Liga super dan Malaysia cup musim ini,” kata kenyataan itu. – Mynewshub.cc
https://youtu.be/TOD2eflHI-4