• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Mahu Kereta Api Laju Shinkansen Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
27/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO –  Jepun hari ini mengulangi hasratnya untuk melihat teknologi kereta api laju kebanggaan negara itu, Shinkansen, digunakan dalam Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Hasrat itu disuarakan Perdana Menterinya, Shinzo Abe dalam mesyuarat dua hala dengan delegasi Malaysia diketuai rakan sejawatnya, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, hari ini.

“Saya berharap dapat melihat Shinkansen beroperasi di bumi Malaysia,” katanya pada sidang media bersama dengan Najib, selepas mesyuarat di pejabat Abe.

Mengulas perkara itu, Najib berkata mereka menghabiskan masa yang lama bagi membincangkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi melibatkan kerajaan Malaysia serta Singapura berkenaan.

“Kita dimaklumkan mengenai signifikan serta kepentingan projek itu oleh Jepun,” kata Najib.

Perdana Menteri turut percaya Jepun akan mengemukakan bidaan yang amat kompetitif itu apabila tiba masanya kelak.

Malah, hasrat Jepun untuk membida projek kereta api berkelajuan tinggi itu turut diberi liputan meluas oleh media tempatan Jepun menjelang kunjungan Najib.

Salah satu laporan menyatakan Jepun juga berusaha melobi untuk turut mengetengahkan penggunaan Shinkansen bagi projek kereta api laju menghubungkan Bangkok dan Chiang Mai di Thailand serta Jakarta dan Bandung di Indonesia.

Esok, Najib akan merasai sendiri pengalaman menaiki kereta api laju berkenaan menerusi perjalanan selama 96 minit ke Sendai, kira-kira 325 kilometer dari Tokyo.

Perkhidmatan Shinkansen itu merangkumi laluan kira-kira 2,400 kilometer yang merentasi Jepun.

Sebelum perjalanan esok, Najib akan diberi taklimat oleh pegawai Perkhidmatan Keretapi Jepun mengenai Shinkansen serta pembangunan di sekitar stesen Tokyo selain melawat kokpit kereta api itu.

Pada awal bulan ini, Perdana Menteri dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, mengulangi komitmen penuh kedua-dua negara bagi menjayakan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi itu yang mampu mengurangkan masa perjalanan kepada kira-kira 90 minit berbanding tiga jam menerusi jalan raya, pada masa ini.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memaklumkan wartawan Malaysia yang membuat liputan kunjungan Perdana Menteri, bahawa beberapa negara termasuk Perancis, Korea Selatan, Sepanyol dan Jerman telah menyatakan minat untuk menyertai projek kereta api berkenaan.

“Masih terlalu awal lagi kerana kedua-dua pihak, baik Malaysia mahupun Singapura, perlu meneliti banyak butiran lain.

“Jepun misalnya, telah menyatakan kesanggupan untuk mengendalikan aspek latihan pekerja, modal insan, pemindahan teknologi serta pembiayaan dalam usaha mendapatkan projek itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: kereta api
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

14/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand, hari ini apabila sebuah kren pembinaan tumbang...

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

21/10/2025
0

BEIJING: Kereta api terpantas di dunia, CR450 memulakan siri ujian pra-perkhidmatan dengan merekodkan kelajuan maksimum 453 km/j, lapor Xinhua. Kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd