• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Amuk Penyokong T’ganu, KJ Gesa FAM Ambil Tindakan Tegas

oleh Ahmad Albab
18/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam insiden rusuhan yang berlaku sejurus tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala FA, Sabtu lalu.

Kejadian tersebut menyebabkan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak yang menjadi venue kedua-dua pasukan berentap, mengalami kerosakan teruk.

[VIDEO: Marah Pengadil, Penyokong T’ganu Jahanamkan Stadium]

khairy

Menurut KJ, Jawatankuasa Disiplin FAM harus menyiasat kes tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang mencetuskan ketegangan kerana menjejaskan imej bola sepak Malaysia serta mengancam nyawa penonton lain.

“Saya tegaskan di sini, merusuh adalah tindakan yang tidak dapat diterima sama sekali dan keputusan pengadil yang tidak memuaskan tidak harus dijadikan alasan,” ujar beliau dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, beliau turut berharap pihak FAM bertindak menangani tanggapan buruk penonton terhadap mutu pengadilan bola sepak negara ini.

Ujarnya, FAM perlu menjelaskan tentang perkara tersebut memandangkan insiden rusuhan berpunca daripada pengadilan bola sepak semalam, pernah berlaku sebelum ini.

“FAM perlu memberitahu peminat bola sepak tempatan apakah prosedur-prosedur penilaian pengadil serta apakah tindakan dikenakan sekiranya terbukti keputusan yang dibuat adalah salah bagi menangkis persepsi negatif.”

bakols.transformed image

Mengimbas kejadian dua hari lalu, kekecohan bermula setelah gol keempat yang dijaringkan Terengganu dinafikan pengadil, menyebabkan sebahagian penonton tidak berpuas hati.

Lantas, mereka mengamuk sehingga menyebabkan kerosakan besar di dalam stadium melibatkan kawasan tempat duduk. Bukan itu sahaja, sebuah ambulans turut hangus dibakar.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Video Amatur Rusuhan Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Sabtu Lalu

Tags: bola sepakGaduhmengamukRusuhanTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Lelaki yang ditahan susulan kejadian amuk di Bandar Teknologi Kajang, dekat sini, Jumaat lalu dijangka berdepan pertuduhan di...

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam

24/12/2025
0

Influencer Lelaki Didakwa Diserang Pekerja Kedai Tomyam, Insiden Di Taiping Cetus Kontroversi TAIPING – Seorang influencer lelaki mendakwa menjadi mangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd