• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indeks Syariah Malaysia Bukan Usaha Bermusim

oleh Ahmad Albab
20/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Indeks Syariah Malaysia (ISM) yang dilancarkan dalam usaha mengukur dan menilai tahap keseriusan usaha kerajaan dalam mencapai Maqasid Syariah merupakan usaha berterusan dan bukan bersifat bermusim, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sebagai usaha permulaan, selepas penubuhan Jawatankuasa Tadbir Urus ISM, satu profil korporat telah dilancar pada 14 Mei lalu bagi menerangkan secara umum mengenai ISM.

“Profil ini akan diedarkan kepada semua pihak yang terlibat dalam penyelidikan ISM, seterusnya beberapa perancangan yang bersifat strategik secara berfasa yang melibatkan pelbagai peringkat pembuat dasar, pelaksana dan masyarakat awam serta saluran media sedang diatur Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) supaya pemahaman lebih jelas tentang ISM dapat diberikan secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mas Emeryati Samsudin (BN-Masjid Tanah) apakah usaha kerajaan bagi memastikan ISM merupakan projek berterusan dan bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Berhubung usaha kerajaan bagi memastikan ISM difahami sepenuhnya oleh masyarakat dan menjadi negara contoh, beliau berkata program pencerahan dan penerangan akan diadakan dari semasa ke semasa supaya masyarakat berpengetahuan dan tidak dipengaruhi persepsi kurang tepat.

“ISM juga adalah untuk menjelaskan salah faham segelintir rakyat Malaysia yang mengatakan bahawa sistem pentadbiran negara selama ini tidak mengikut prinsip-prinsip Islam.

“Langkah ini juga diharap dapat membuka mata negara-negara Islam yang lain bahawa Malaysia serius dalam melaksanakan prinsip syariah dalam pentadbiran negara untuk kesejahteraan rakyatnya,” kata Jamil Khir.

Pada 10 Feb lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan ISM yang merupakan produk pelengkap tadbir urus Islam di negara ini melalui pengukuran tuntutan syarak yang lebih menyeluruh.

Indeks pertama seumpamanya yang pernah dibangunkan di dunia itu akan menilai dan mengukur keseriusan kerajaan dalam mencapai lima aspek Maqasid Syariah (dikehendaki oleh syarak) iaitu pemeliharaan agama, pemeliharaan nyawa, pemeliharaan akal, pemeliharaan keturunan dan pemeliharaan harta. – BERNAMA

Tags: Jamil Khir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Laksana Prinsip Maqasid Al-Syariah

27/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional telah mempraktikkan lima prinsip maqasid al-syariah sepanjang pemerintahan bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat....

Isu Jantina, Nur Sajat Dedah Motif Sebenar Papa Gomo?

17/01/2018
0

MISTERI jantina usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat rupa-rupanya turut menarik minat ramai pihak termasuklah penulis-penulis blog tanah air. Antaranya ialah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd