• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Ahmad Shabery Kendali Isu Kad Prabayar – Najib

oleh Ahmad Albab
03/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk mengendalikan isu berkaitan kad tambah nilai prabayar.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Tegas perdana menteri, hanya menteri berkenaan iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang boleh membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

“Shabery Cheek Please take charge of the topup issue. Mulai sekarang, sebarang pengumuman kepada rakyat hanya boleh dibuat oleh Menteri KKMM sahaja,” kata Najib di laman Facebook dan Twitter miliknya hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengarahkan syarikat telekomunikasi untuk menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April.

Bagaimanapun, arahan yang sepatutnya berkuat kuasa hari ini (1 Mei) ditangguh selepas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Halim Shafie membuat kenyataan pada Rabu bahawa isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan GST.

Jelas Halim, penyelarasan harga kepada kadar pra-GST itu agak mustahil untuk dilaksanakan bermula 1 Mei seperti yang diminta kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem.

Sementara itu, Ahmad Shabery di laman Twitter kemudiannya berkata beliau akan bertemu dengan semua pihak berkaitan untuk mencari penyelesaian terbaik berkaitan isu kad tambah nilai prabayar.

“@NajibRazak Yes Sir, saya akan jumpa dengan semua pihak untuk dapatkan yang terbaik bagi rakyat dan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Shabery
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stok Bekalan Beras Negara Mencukupi

03/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memastikan stok bekalan beras negara mencukupi mengikut kadar ditetapkan, meskipun berlaku kejadian bencana alam atau...

Buka Peluang Wanita Ceburi Pertanian – Shabery

09/03/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakkan pelbagai agensi di bawahnya untuk membuka lebih banyak peluang bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd