• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biar Benar.. Guan Eng Cabar Hadi Kemuka Dalil Al-Quran!

oleh Ahmad Albab
22/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan dalil Al-Quran yang menyebut umat Islam mesti marah terhadap DAP kerana membantah pelaksanaan hudud di Kelantan.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, DAP yang ditubuhkan pada tahun 1966 tidak menyedari bahawa termaktub di dalam ajaran Islam bahawa kemarahan terhadap DAP adalah diizinkan oleh Allah S.W.T.

“Saya hanya tahu bahawa Islam adalah agama ramah, bukan agama marah. Saya memohon Abdul Hadi supaya mengemukakan dalil yang manakah dijadikan hujah bahawa umat Islam mesti sentiasa marah terhadap mereka yang tidak percaya mahupun mereka yang tidak sependapat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng berkata, Abdul Hadi tidak patut menyuruh umat Islam memarahi DAP hanya kerana ikhlas dan serius membantah undang-undang hudud kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Presiden PAS sebenarnya membuat kenyataan itu demi memenuhi kepentingan politik sempit beliau dengan menggambarkan DAP sebagai kendala terbesar pelaksanaan hudud.

Beliau turut mengecam pendedahan Abdul Hadi tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan rancangan kerajaan perpaduan pada tahun 2009.

“Ini satu pendedahan yang mengejutkan kerana pemimpin DAP langsung tidak pernah diberitahu tentang kerajaan perpaduan pada tahun 2009,” katanya.

Guan Eng mengingatkan PAS akan mendapat balasan daripada pengundi pembangkang yang tidak senang dengan tindakan Abdul Hadi dalam pilihan raya umum yang akan datang. - MYNEWSHUB.CC

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kabinet Bayangan Pembangkang Bukan Kerjasama Sebenar Mereka

Next Post

Kemampuan Negara Diambil Kira Sebelum Beli Aset Pertahanan

Related Posts

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan...

Next Post

Kemampuan Negara Diambil Kira Sebelum Beli Aset Pertahanan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd