SITUASI seperti ini jarang sekali dapat dilihat berlaku kepada haiwan pemangsa ini.
Sangat gah dengan gelaran raja rimba, seekor singa jantan membuktikan bahawa gelaran itu sememangnya layak juga untuk haiwan lain di hutan.
Dalam gambar yang ditangkap oleh seorang pelancong di Kenya, seekor singa jantan dilihat memanjat pokok untuk melarikan diri daripada sekumpulan kerbau yang sedang mengamuk.
Haaa…pelik tapi itulah kenyataan, bila kerbau mengamuk, singa pun cabut lari!
Walaupun singa tersebut telah memanjat pokok, sekumpulan kerbau masih menunggu di bawah untuk memberi pengajaran kepada raja rimba tersebut.
Apa yang diamukkan sangat pun tak tahulah tapi itulah yang disaksikan oleh Charles Comyn, 63, pada hari terakhir dia dan isteri berada di Kenya.

– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=GW9BLbBa9BQ


