• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felcra Sasar Keuntungan RM150 Juta Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
02/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUADZAM SHAH – Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad menyasarkan keuntungan RM150 juta tahun ini berbanding RM130 juta tahun lepas, hasil daripada pelbagai cabang perniagaan termasuk perladangan.

Pengerusinya Datuk Bung Mokhtar Radin berjanji Felcra Berhad akan mengagihkan keuntungan kepada kira-kira 135,000 pesertanya jika berjaya mencatat pulangan yang tinggi tahun ini.

“Keuntungan ini kita akan kembalikan semula kepada peserta…kita akan berikan dalam bentuk lain sebab mereka telah bersama Felcra selama bertahun-tahun,” katanya kepada pemberita selepas program santai sepetang bersama peserta projek Bukit Ibam dan Bukit Tinggi di Kampung Aur dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM50,000 bagi membaik pulih 10 buah rumah peserta di dua Felcra berkenaan.

Sementara itu, Bung Mokhtar yang juga Anggota Parlimen Kinabatangan meminta peserta Felcra mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Rompin Selasa ini bagi memilih calon yang mampu meneruskan pembangunan di kawasan itu.

Menurutnya calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin mampu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Hasan dan calon PAS Nazri Ahmad berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas. – BERNAMA

Tags: Bung MoktarFelcra
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bung Moktar, Zizie Izette Gagal Cabar Mahkamah Rayuan Perintahkan Mereka Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

Bung Moktar, Zizie Izette Gagal Cabar Mahkamah Rayuan Perintahkan Mereka Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

22/05/2025
0

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad gagal dalam percubaan...

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd