• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ESSCom Kekang Saki Baki Penculik Negara Jiran

oleh Ahmad Albab
24/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan terus menyusun strategi bagi menghadapi ancaman saki baki penjenayah rentas sempadan meskipun seorang pemimpin kumpulan militan Abu Sayyaf yang dikaitkan dengan penculikan dua warga Malaysia di Sandakan, terbunuh baru-baru ini.

Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata pihak ESSCom memandang serius ancaman kumpulan saki baki penjenayah itu yang menurutnya boleh memudaratkan keselamatan dan keamanan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“ESSCom akan memperkemas dan menyusun pelbagai strategi bagi mengekang kemasukan saki baki penjenayah rentas sempadan (dari wilayah selatan Filipina) ke Sabah melalui perairan ESSZone dengan menggunakan aset sedia ada,” katanya.

Abdul Rashid berkata demikian pada majlis perasmian Kejohanan Bola Tampar Wanita Piala Komander di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Ruji Ubi dan Pengarah Bahagian Perisikan ESSCom Datuk Md. Rahim Mohammad.

Abdul Rashid berkata ESSCom berjaya mematahkan kurang-kurangnya enam cubaan menculik di ESSZone sebelum berlaku kejadian penculikan di Sandakan.

Beliau meminta rakyat Sabah, khususnya komuniti pesisir pantai di ESSZone supaya sentiasa bekerjasama dengan ESSCom bagi memantapkan lagi kawalan keselamatan di ESSZone yang amat luas.

Mengenai kejohanan bola tampar Piala Komander itu, beliau berkata sukan boleh menjadi medium untuk meningkatkan perpaduan, kerjasama berpasukan dan meningkatkan motivasi selain memberi kesan baik kepada kesihatan. – BERNAMA

Tags: Esscom
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Belanda Haram Pemakaian Purdah Di Tempat Awam

Next Post

FAM Puji Disiplin Dan Semangat Kesukanan Penyokong Kelantan

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

ESSCOM Keluar Senarai 21 Penjenayah Dikehendaki

06/01/2021
0

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di Zon...

Next Post

FAM Puji Disiplin Dan Semangat Kesukanan Penyokong Kelantan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd