• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Terlibat Curi Kereta Diberkas Di Puchong

oleh Ahmad Albab
28/05/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Selangor menahan empat individu termasuk dua wanita kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi kereta dan pecah rumah dalam satu serbuan di Bandar Kinrara, Puchong, Selasa lepas.

Ketua Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata tangkapan itu dibuat selepas polis menerima laporan kehilangan sebuah kereta jenis Volkswagen Golf GTI di USJ 9, Subang Jaya pada 30 April lepas.

“Kesemua suspek yang berumur 30 dan 36 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan BK5/5A, Bandar Kinrara, Puchong bersama empat buah kereta termasuk sebuah Volkswagen yang disyaki dicuri dalam kejadian pecah rumah pada 30 April lepas,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan ke atas empat suspek tersebut turut membawa kepada penemuan dua buah lagi kenderaan di sebuah rumah di Bandar Kinrara 5, Puchong, kira-kira pukul 2 petang, semalam.

“Selain Volkswagen, lima lagi kenderaan yang dirampas (polis) itu terdiri daripada kereta jenis Volvo, Honda dan Perodua yang dicuri di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

“Modus operandi kumpulan ini ialah memecah masuk rumah mangsa…kemudian mengambil barang berharga serta kunci kereta milik mangsa sebelum melarikan kenderaan berkenaan,” katanya.

Mohd Adnan berkata suspek juga bertindak menukar nombor chasis, nombor pendaftaran serta memperbaharui cukai jalan kenderaan tersebut sebelum menjualnya.

Sehubungan itu katanya, polis akan turut menyiasat sekiranya terdapat penglibatan pihak berkuasa dalam kegiatan berkenaan.

“Dengan penangkapan mereka juga, polis telah berjaya menyelesaikan 10 kes curi kenderaan di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Kesemua suspek ini direman empat hari sehingga esok untuk siasatan lanjut dan kes ini kita siasat mengikut Seksyen 457 dan 379(A) Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: curi kereta
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pasangan Muda Ini Disolek Dan Cinta Mereka Diuji

Next Post

Guna Denyutan Jantung, Anjing Tangkap Gambar Bila Teruja

Related Posts

Polis Kejar Suspek Curi Kereta Myvi Sejauh 40 Kilometer

Polis Kejar Suspek Curi Kereta Myvi Sejauh 40 Kilometer

01/12/2024
0

BESUT: Polis mengejar kenderaan dipandu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini...

Lelaki Curi Kenderaan, Miliki Pistol Tiruan

Lelaki Curi Kenderaan, Miliki Pistol Tiruan

31/07/2024
0

Subang Jaya : Polis menahan lelaki, dipercayai mencuri kenderaan dan memiliki pistol tiruan di Jalan Persiaran Kewajipan, di sini. IKUTI...

Next Post

Guna Denyutan Jantung, Anjing Tangkap Gambar Bila Teruja

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd