• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elena Hani Sedia Tinggalkan Kerjaya Demi Fahrin Ahmad

oleh AK-47
15/05/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTERI kepada aktor Fahrin Ahmad, Elena Hani Eleas mendedahkan dia sudah bersedia untuk meninggalkan kerjayanya selaku ketua pramugari syarikat penerbangan antarabangsa Emirates Airline demi suami tercinta.

BACA: Fahrin, Elena Dijodohkan Setelah 17 Tahun Tidak Bertemu

ketua (1)

“Saya sudah lapan tahun berkhidmat sebagai pramugari dan berpangkalan di Dubai. Sebelum ini saya bekerja sebagai seorang peguam.

“Buat masa ini, saya masih lagi meneruskan kerjaya saya. Tetapi selepas ini, saya sudah bersedia melepaskan kerjaya saya dan berhenti kerja demi suami,” kata Elena.

Sebelum ini, Fahrin yang mengadakan dalam sidang media khas seminggu sebelum majlis pernikahan mengejutkan ramai apabila kisah cintanya tidak dapat dihidu oleh pihak media mahupun peminat hiburan.

Apatah lagi, Fahrin memilih untuk merahsiakan identiti sebenar bakal isterinya dan hanya berkongsikannya pada hari pernikahan.

Berikutan itu, Elena yang merupakan gadis kelahiran Johor Bharu, Johor mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia setelah sah bergelar isteri Fahrin.

Menurut Elena dia terpikat dengan tonggak utama filem Pilot Cafe ini kerana sikapnya yang selamba dan menjadi diri sendiri.

“Mengenali Fahrin, dia adalah seorang yang ikhlas. Saya mengenalinya sebagai seorang individu, bukan sebagai selebriti atau pelakon. Saya mengenalinya dengan cara begitu, dia menjadi dirinya sendiri,” ujar Elena.

Jelas Elena, ketika bercinta Fahrin sanggup bersabar menunggunya untuk berhubung bersama meskipun sudah lewat malam.

“Selalunya, saya sentiasa sibuk mengembara ke sana sini dan kami hanya berhubung menerusi Skype. Kadang-kadang dia menanti sehingga jam 3.00 pagi semata-mata mahu membuat panggilan Skype selepas saya pulang dari kerja,” katanya lagi.

Fahrin dan Elena sah bergelar pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara pada 9 Mei lalu.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Murai

https://www.youtube.com/watch?v=gijJ9_hzoa8

Tags: Fahrin Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Jodoh Pernah Lintas Depan Mata” – Fahrin

10/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Jodoh di antara pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad dengan isterinya, Elena Hani rupanya kuat sejak 20 tahun...

“Kekeliruan Selesai Selepas ‘Meletop’ Bersiaran” – Astro

13/12/2017
0

SEMALAM kecoh netizen mengenai sikap pelakon Fattah Amin yang pada saat-saat akhir tidak muncul dalam program Meletop seperti yang dijanjikan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd