• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon BN, PKR Mengundi Pada Awal Pagi

oleh Ahmad Albab
07/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERMATANG PAUH – Calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail antara yang awal keluar mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh di sini Khamis.

Suhaimi, 44, bersama ibunya Che Jan Ahmad, 70, mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu pada 8.10 pagi.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Suhaimi berkata situasi hari ini sangat berbeza kerana beliau mengundi sebagai calon berbanding sebelum ini sebagai pengundi biasa.

“Berbeza sikit kali ini, sebab saya mengundi diri sendiri. Saya memohon restu daripada semua untuk memberi peluang kepada saya melakar sejarah baharu di Permatang Pauh,” katanya.

Dr Wan Azizah pula mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti pada 8.40 pagi.

Calon Parti Rakyat Malaysia, Azman Shah Othman dan Salleh Isahak (Bebas) tidak mengundi.

Sebanyak 25 pusat mengundi dengan 130 saluran dibuka mulai 8 pagi bagi membolehkan 71,252 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Cuaca pagi ini adalah cerah dengan Jabatan Meteorologi Pulau Pinang meramalkan cuaca dijangka cerah pada sebelah petang.

“Secara keseluruhannya cuaca pada hari pengundian dijangka baik. Ketepatan sesuatu ramalan cuaca adalah 80 peratus,” menurut jurucakap jabatan itu.

Memandangkan hari ini merupakan hari cuti peristiwa buat Pulau Pinang, dijangka lebih ramai pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK ini.

PRK Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi, Dr Wan Azizah, Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

PRK itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah disabitkan kesalahan liwat dan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=uLWFhWWPHNk

Tags: PRK Permatang Pauh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Kit Siang Sokong Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang

11/05/2015
0

KETUA parti DAP Lim Kit Siang menerusi laman blognya hari ini menzahirkan sokongannya terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan...

PRK Rompin & Permatang Pauh: Kejutan Peringatan Untuk BN

08/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai 'wake-up call' atau kejutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd