• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantah GST: Ajak Orang Ramai Pakai Serba Hitam Pula!

oleh Ahmad Albab
05/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas menimbulkan kesusahan ke atas orang ramai dengan menganjurkan perhimpunan haram bantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara semalam, satu lagi kempen untuk memburuk-burukkan kerajaan sedang dijaja oleh pembangkang.

Kali ini mereka mengajak pula orang ramai menyertai “Ops Hitam 505” anjuran Bersih 2.0 kononnya untuk menunjukkan solidariti membantah tindakan pihak polis menahan peserta perhimpunan haram tersebut.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat berkata, semua rakyat Malaysia diminta berpakaian hitam atau memasangkan kain hitam pada kenderaan atau bangunan masing-masing hari ini.

“Rakyat mesti menjawab penindasan dengan penentangan. Kalau tidak, kehidupan rakyat akan semakin susah dizalimi oleh kezaliman Kerajaan Minoriti Najib, polis dan SPR.

““Ops Hitam 505”, selain tanda solidariti dengan mereka yang menjadi mangsa penganiayaan polis, ia juga mewakili tiga tuntutan rakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Suhaizan berkata, DPPM berharap seluruh rakyat akan mewujudkan suatu lautan hitam di setiap perusuk negara untuk menunjukkan penolakan rakyat terhadap GST, pilihan raya yang kotor dan negara polis.

Beliau dalam pada itu berang dengan penyebaran gambar beliau bersentuhan tangan dengan seorang ahli wanita DAP dalam satu program bersama calon Permatang Pauh baru-baru ini.

Dakwa beliau, sudut gambar itu diambil menampakkan seolah-oleh beliau bersentuhan dengan wanita tersebut sedangkan beliau berada di belakangnya dan langsung tidak bersentuhan.

“Namun, itulah hakikat hidup jika ada yang benci dan tak suka semuanya disebar tanpa usul periksa,” dakwanya.

- MYNEWSHUB.CC

Tags: GSTpembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hukuman Mati Ke Atas Pemandu Mabuk Kemalangan Maut, Anggap Niat Membunuh

Hukuman Mati Ke Atas Pemandu Mabuk Kemalangan Maut, Anggap Niat Membunuh

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang mendesak kerajaan mengambil langkah lebih tegas dengan mengkaji pelaksanaan hukuman mati terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan...

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd