• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arul: 1MDB Hanya Menerima Surat PAC Pada 21 Mei Lalu

oleh AK-47
28/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Disebalik kontroversi penangguhan proses prosiding antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) yang dijadualkan hari ini, presiden syarikat tersebut Arul Kanda Kandasamy berkata bahawa jemputan itu hanya diterima pada 21 Mei lalu.

“Meskipun kontra daripada beberapa buah laporan dan keterangan yang dibuat oleh individu-individu tertentu, kami tegaskan bahawa pihak 1MDB hanya menerima jemputan tersebut pada 21 Mei lalu, yang disampaikan melalui Kementerian Kewangan oleh PAC,” jelas beliau dalam sebuah keterangan,hari ini.

Notis tersebut, yang dialamatkan kepada Kementerian Kewangan, memohon untuk Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO Datuk Shahrul Ibrahim Halmi untuk tampil memberikan keterangan kepada jawatankuasa tersebut pada 26 Mei 2015.

1MDB telah memberi respon kepada Kementerian Kewangan pada 21 Mei, iaitu pada hari yang sama surat itu diterima.

Seperti yang telah disahkan oleh Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed‎ pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Parlimen, tarikh baru bagi prosiding itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Prosiding terhadap 1MDB itu terpaksa ditangguhkan selama 30 hari susulan kedua-dua orang pentingnya mempunyai urusan di luar negara.

“Pihak kami sekali lagi tegaskan bahawa kami akan memberikan kerjasama penuh dengan PAC dan kedua-dua Arul Kanda dan Datuk Shahrol Halmi menganggap jemputan untuk berhadapan dengan jawatankuasa ini sebagai satu peluang untuk pihak pengurusan 1MDB menjelaskan segala-segalanya tentang keadaan sebenar syarikat tersebut.”

PAC sedang menjalankan siasatan terhadap masalah hutang dan aliran tunai 1MDB yang telah kerugian RM42 bilion dalam tempoh lima tahun.

Siasatan telah bermula sejak Selasa lepas (19 Mei) apabila jawatankuasa tersebut memanggil dua pegawai kanan kerajaan iaitu Perbendaharaan Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, yang juga ahli lembaga penasihat 1MDB, dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonominya, Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff.-MYNEWSHUB.CC

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

GAMBAR: Lelaki Cedera Selepas Vapor Meletup Dalam Mulut

Next Post

Mitsubishi Lancar Triton Generasi Kelima

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Mitsubishi Lancar Triton Generasi Kelima

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd