SEJUMLAH peranti masa kini mempunyai sokongan pengimbas cap jari secara terbina di mana penggunaannya dijayakan dengan pengubahsuaian pada versi sistem operasi Android yang digunakan padanya.
Kini, terdapat desas-desus menyatakan Google akan menyokong operasi ini secara terbina pada versi Android.
Menerusi pengenalan oleh pihak Google, ia akan membolehkan para pembangun mengintegrasikan sokongan pengimbas cap jari terus ke aplikasi mereka dan menjadi suatu piawaian tetap untuk rujukan pembangun yang tidak hanya bergantung kepada jenama pengeluar tertentu.
Jika perkara ini berlaku, kita juga mungkin dapat melihat Nexus pada tahun ini menyertakan sokongan pengimbas cap jari, begitu juga pelbagai peranti Android di pasaran yang lain.
Google I/O bakal berlangsung pada minggu hadapan, jadi sama-samalah kita nantikan apa yang bakal diumumkan kelak.
-MYNEWSHUB.CC
Oleh: buzzfeed