• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Gajah Pengsan Punca Jalan Sesak Di Hutan

oleh
28/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHANNESBURG – Lazimnya, pengguna kenderaan di Afrika Selatan akan berhenti jika ada hidupan liar seperti badak, singa atau zirafah melintas jalan raya, namun kali ini punca kepada situasi tersebut agak aneh.

Gara-gara seekor anak gajah tiba-tiba pengsan di tengah jalan, berlaku kesesakan luar biasa di Taman Negara Kruger dekat sini apabila sekumpulan gajah dewasa menghalang lalulintas demi melindungi gajah kecil itu.

Peristiwa luar biasa yang sempat dirakamkan beberapa pemandu itu baru-baru ini bermula apabila sekelompok gajah menyeberangi jalan namun, gajah bayi tersebut rebah secara spontan di tengah laluan berkenaan.

The calf tried to get back on to its feet by itself but struggled and was left lying in the middle of the road 

Baca: Gajah Afrika Selatan Pakar Hidu Bom, Pemburu Haram

Melihat anggota paling muda itu bermasalah, semua gajah dewasa yang sudah menyeberangi jalan kembali semula ke tengah laluan tersebut bagi membantu gajah kecil itu bangun selain melindungi keselamatan dirinya.

Gajah dewasa turut dilihat cuba menolong anak gajah itu dengan membelai manja menggunakan belalai dan kaki mereka seolah-olah cuba mengejutkan gajah kecil yang pengsan tersebut agar bangun meneruskan perjalanan.

Drama yang menyayat hati pemandu kenderaan di taman negara itu berakhir dengan ceria apabila gajah bayi tersebut tiba-tiba bangun berdiri semula dan kemudian mengikuti kembali rombongannya masuk ke hutan.

Eventually several adult elephants appeared and tried to rescue the stricken youngster, who was holding up traffic

Video kejadian pelik ini telah dimuat naik menerusi saluran Kruger Sightings Channel dan turut disebarkan melalui laman perkongsian popular YouTube pada Rabu yang kini sudah ditonton lebih 90,000 kali.

“Amat luar biasa melihat sekawan gajah melindungi dan menolong anak gajah itu sehingga ia bergabung dengan mereka lagi. Mujur pemandu kenderaan berhenti pada jarak selamat,” demikian komen pengguna YouTube.

Setakat ini belum jelas penyebab sebenar kenapa anak gajah tersebut pengsan, namun, nampaknya gajah kecil itu mungkin rebah hanya kerana keletihan berjalan lama atau tersandung kakinya sendiri. – Agensi/H.A.AMREE

Tags: Afrika SelatanbelalaigajahmamaliaTaman Negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JAKIM: “Sushi King Tidak Memiliki Status Halal Setakat Ini”

Next Post

Helikopter Terbakar Ketika Buat Pendaratan Cemas Di KK

Related Posts

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

12/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gajah betina yang dilihat 'meratapi' kematian anaknya akibat dilanggar sebuah lori di Lebuh Raya Gerik-Jeli, semalam, sudah kembali...

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

04/07/2024
1

JELI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam...

Next Post

Helikopter Terbakar Ketika Buat Pendaratan Cemas Di KK

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd