• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angkatan Muda Keadilan Rancang ‘Serbu’ Tabung Haji?

oleh Ahmad Albab
15/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mahu mengajurkan satu lagi demontrasi jalanan di ibu negara kononnya sebagai usaha menyelamatkan Tabung Haji.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, Kempen Selamatkan Tabung Haji itu akan diadakan di Ibu Pejabat Tabung Haji di sini pada 15 Mei 2015 selepas solat Jumaat.

“Saya sebagai rakyat Malaysia dan juga seorang muslim yang mencarum di Tabung Haji terkesan untuk memanggil anak muda untuk berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Tabung Haji Kuala Lumpur selepas solat Jumaat minggu ini.

“Adakah rakyat Malaysia patut bertanggungjawab di atas kerakusan kerajaan. Wang yang digunakan merupakan wang amanah untuk menunaikan salah satu rukun Islam,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isu Tabung Haji timbul berikutan dakwaan pembangkang kononnya Tabung Haji membeli tanah seluas 0.63 hektar (1.56 ekar) bernilai RM188.5 juta dalam pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) untuk menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah baru-baru ini bagaimanapun menjelaskan keputusan Tabung Haji membeli tanah tersebut bukan untuk ‘bail out’ 1MDB tetapi telah melalui proses penilaian wajar di semua peringkat.

Menurut Johan, dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana keputusan pembelian tersebut adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah Tabung Haji yang memberi tumpuan kepada sektor domestik.

“Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa iaitu sebanyak RM194 juta, bersamaan dengan RM2,700 bagi satu kaki per segi dan ia telah dinilai secara terperinci oleh sebuah badan penilai bebas profesional,” kata Johan.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Tabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

28/04/2023
0

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd