• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Iktibar Kemajuan Korea Selatan Dalam Inovasi

oleh Ahmad Albab
23/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia boleh mengambil iktibar daripada kemajuan dan kepakaran Korea Selatan dalam bidang inovasi dan berdaya saing untuk muncul sebagai salah sebuah negara paling maju di dunia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata menggalakkan daya saing dan idea-idea yang terus memacu merupakan dorongan dalam membentuk sebuah komuniti yang produktif dan progresif.

“Negara berwawasan adalah sebuah negara yang ditadbir dengan baik dan mantap dalam bidang sains dan teknologi, sekali gus menyediakan golongan belia untuk pasaran tenaga kerja dan memupuk hubungan antara pendidikan, penyelidikan, industri dan kemampanan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada ‘Malam Budaya Cipta’ sempena edisi ke-26 Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2015 (ITEX) di sini, malam Jumaat.

Merujuk Korea Selatan sebagai contoh, Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata negara itu mengambil langkah-langkah besar selama ini untuk muncul sebagai peneraju inovasi bagi produk-produk elektronik dan telekomunikasi.

“Intensiti dalam membina masyarakat yang serba canggih adalah apa yang ia lakukan dengan lebih baik berbanding negara-negara lain,” kata Muhyiddin, yang juga merujuk kepada Taiwan yang mengutamakan imaginasi dan keupayaan pelajar untuk membuat inovasi sebagai faktor dalam proses pengambilan pelajar universiti di negara itu.

Di Malaysia, katanya, negara sedang dalam mengharungi dasar strategik negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.

“Terdapat keperluan jelas untuk perniagaan tradisional dan bukan tradisional untuk melakukan inovasi bagi mewujudkan kesan ketara kepada pendapatan negara kasar dan keluaran dalam negara kasar,” katanya.

Beliau menyifatkan ranking Malaysia di tangga ke-33 daripada 143 buah negara dalam Indeks Inovasi Global 2014 sebagai satu kedudukan yang membanggakan.

“Saya berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa inovasi adalah sangat penting untuk pertumbuhan ekonomi jangka panjang,” katanya sambil menegaskan pertumbuhan yang dipacu inovasi memerlukan tindakan pelbagai dasar termasuk pendidikan. – BERNAMA

 

Tags: Pendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

18/04/2025
0

BAYAN LEPAS - Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkasa transformasi digital dalam sektor pendidikan negara terus diperkukuh apabila sasaran untuk...

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

14/04/2025
0

TAPAH: Pendidikan menjadi antara visi utama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd