• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ajaib Tiada Masjid Rosak Akibat Gempa Kuat Nepal

oleh
06/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATHMANDU – Meskipun digegarkan dengan gempa sekuat 7.9 skala Richter pada 25 April lalu, Masjid Jamik Nepal di ibu kota Kathmandu masih berdiri tegak, walaupun banyak bangunan lain runtuh ‘mencium’ bumi.

Malah paling ajaib, tiada dinding yang terkupas atau retak di masjid tersebut, manakala kegiatan ekonomi di sekitar kawasan rumah Allah itu masih sibuk dengan kedai-kedai sudah mula dibuka dibanjiri orang ramai.

Seorang anggota jawatankuasa masjid, Mohammad Rizwan berkata: “Kami bersyukur, ini semua kerana kuasa Allah.” Beliau menambah, kali terakhir bangunan masjid itu menjalani kerja ubah suai ialah pada 1995 lalu.

Lebih aneh kira-kira 600 meter dari Masjid Jamik Nepal, berdiri Masjid Khasmiri Taqiya dan bangunan tersebut juga didapati tidak mengalami sebarang kerosakan di sebalik gempa terkuat dalam sejarah Nepal sejak 80 tahun.

Paling pelik, ia berusia lebih 500 tahun, iaitu dibangunkan pada 1524 dan Rizwan menceritakan lagi: “Ada beberapa masjid di sekitar Kathmandu. Sebahagian besarnya berumur lebih 100 tahun tetapi tiada yang rosak.”

Ironi, menurut Ketua Pengarah Jabatan Arkeologi Nepal, Bhesh Narayan Dahal yang dipetik laporan media tempatan, hampir 200 tapak warisan di negara itu rosak teruk akibat gempa dan kini meragut lebih 7,000 nyawa.

Ini temasuk Tapak Warisan Dunia UNESCO seperti tiga Durbar Square di Kathmandu, Bhaktapur dan Patan. Di Durbar Square, sebilangan khazanah kuil purba Buddha dan Hindu dilaporkan hancur musnah sama sekali.

Dahal menambah: “Saya boleh mengatakan 90% daripada tapak warisan sejarah rosak. Ada yang sebahagiannya retak, ada runtuh sepenuhnya. Ada yang kami perlu merobohkannya kerana bahaya, sudah tidak lagi selamat.”

Selepas Nepal dilanda gempa akhir bulan lalu, anggota jawatankuasa masjid-masjid di sekitar Kathmandu segera mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari mana-mana warga Muslim tempatan yang terkorban.

Hasilnya ujar Rizwan, agak luar biasa apabila hanya dua yang ditemui maut dan beberapa orang lain disahkan cedera. Sebahagian besar daripada keluarga Muslim di pusat bandar raya Kathmandu juga terselamat.

Kini, Masjid Jamik Nepal dijadikan sebagai pusat penghantaran bantuan logistik untuk mangsa gempa bumi dengan kebanyakannya merupakan stok makanan seperti beras, air bersih dan bekalan makanan segera.

Rizwan memberitahu: “Bantuan kemanusiaan ini diberikan oleh pelbagai lapisan masyarakat Muslim Nepal. Kami kemudian akan mengagih-agihkan penghantaran ke mana-mana penduduk setempat yang lebih memerlukan.”

Dianggarkan terdapat 1.1 juta penganut Islam di Nepal, menjadikannya agama ketiga terbesar selepas Hindu dan Buddha. Angka itu merangkumi kira-kira 10% jumlah keseluruhan penduduk Nepal. – Agensi/H.A.AMREE

 

Tags: gempaislammasjidMuslimNEPALwarisan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tempias Enam Ahli FMC, ‘Pemandu Lain’ Pulak Yang Kena

Next Post

Isu Porno Kanak-Kanak, Wajarkah Fitri Nordin Diberi Peluang Kedua?

Related Posts

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

Kes Cabul Di masjid: Suspek Remaja Direman Seminggu Bantu Siasatan

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Seorang remaja berusia 19 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak...

Next Post

Isu Porno Kanak-Kanak, Wajarkah Fitri Nordin Diberi Peluang Kedua?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd