Dalam prosiding mahkamah semalam, pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Razak berkata, beliau tidak mampu membayar tuntutan mutaah yang dikemukakan bekas isterinya Rita Rudaini sebanyak RM300,000.
Tidak berpuas hati dengan hujah tersebut, Rita menempelak kenyataan Aidil dengan mempertikaikan kehidupan mewah bekas suaminya itu.
[Aidil Zafuan Akui Tak Mampu Bayar Tuntutan Mutaah RM300 Ribu]
“Betul ke dia tak mampu? Bukankah kehidupan dia cukup mewah? Ada kereta mewah banyak dan kerap pergi bercuti. Gaya mewah hidupnya itu sering ditunjukkan dalam laman Instagram.
“Mutaah itu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.
“Mungkin dia tak tahu kot gamaknya kerana bayaran edah yang wajib kepada saya pun belum dibayar lagi,” tegas Rita menerusi laporan Berita Harian.
Selain itu, Rita turut berkata, dia akan berhabis-habisan menuntut haknya sebagai wanita yang teraniaya.
“Baru sekarang dia bagi alasan ceraikan saya sebab tak jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Barangkali dia lupa, Tuhan ada dan Maha Melihat.
“Kalau macam itulah alasan dia, nasihat saya kepada mereka yang bergelar isteri dan bekerja sepenuh masa dan ada pendapatan sendiri kena bersiap sedia kalau diceraikan dan diberikan alasan tak bertanggungjawab sebegitu.
“Selagi saya tak dapat apa yang saya nak, saya akan perjuangkan semua ini. Tak kiralah orang nak keji saya itu dan ini. Saya ada alasan konkrit.”
Tambah Rita, tuntutan yang dibuat bukanlah kerana nilai RM300,000 namun ingin mempertahankan maruahnya sebagai seorang wanita dan ibu.
Di turut berkata, jumlah tersebut merupakan anggaran tempoh beliau ditinggalkan dan ia terpulang kepada penilaian pihak mahkamah.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Rita Rudaini Masih Tertanya Sebab Diceraikan


