• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Maslan Akur Arahan PM Isu Kad Prabayar

oleh Ahmad Albab
01/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan akur isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berhubung kad tambah nilai prabayar diserahkan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Saya akur arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tidak akan bercakap pasal kad prabayar,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai arahan Najib supaya Ahmad Shabery mengendalikan isu itu.

Pada masa sama, Ahmad menjelaskan beliau tidak pernah berkata kad prabayar tidak dikenakan GSTsebaliknya mendakwa kenyataannya disalahertikan oleh beberapa portal berita.

“Tidak pernah saya kata tambah nilai (prabayar) tidak ada GST…saya konsisten dari dulu…jangan salah petik kenyataan saya,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Pasar Raya Besar Mydin di Jalan Baru, di sini.

Ditanya mengenai desakan pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sim Tze Tzin supaya beliau meletak jawatan kerana gagal mengendalikan isu kad prabayar, Ahmad berkata jawatan yang dipegangnya adalah kehendak Perdana Menteri dan beliau tidak ada hak untuk mempersoalkannya. Menurutnya beliau bersedia dari segi minda dan fizikal setiap hari untuk berdepan dengan kritikan mengenai pelaksanaan GST.

“Harapan saya, GST akan lebih difahami kerana kita berhadapan dengan ramai peniaga yang tidak beretika.

GST dicemari peniaga yang tidak beretika,” katanya. Sehubungan itu, Ahmad meminta rakyat supaya lebih bersabar kerana keadaan akan kembali stabil dalam masa enam bulan.

“Harga kereta sudah menunjukkan penurunan selepas sistem cukai itu dilaksanakan 1 April lepas,” katanya.

Beliau berkata Kastam Diraja Malaysia juga telah membuka 45 kertas siasatan berhubung GST dan beberapa kes akan didakwa minggu depan. – BERNAMA

Tags: Ahmad MaslanGST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jentera BN PRK Permatang Pauh Perlu Elakkan Perpecahan

Next Post

Pasukan Piala Sudirman Kini Lebih Bersemangat

Related Posts

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Next Post

Pasukan Piala Sudirman Kini Lebih Bersemangat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd