• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adakah Mereka Benar-Benar Ingin Tahu Kebenaran Tentang 1MDB?

oleh AK-47
18/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sesetengah orang, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut jawapan mengenai 1MDB.

Bagaimanapun, saya melihat setiap kali jawapan diberikan, pengkritik ini akan mengetepikan sahaja penjelasan tersebut dan melabelkannya sebagai pembohongan.

Mereka mengatakan bahawa mereka tidak lagi percaya apa yang kerajaan katakan.

Tentu sekali, itu adalah hak mereka tetapi jika mereka tidak percaya apa yang kerajaan katakan mengapa mereka menuntut jawapan jika tidak mempercayai jawapan yang diberikan.

Adalah lebih baik kita tunggu PAC menyiapkan siasatan ke atas 1MDB dan keluarkan laporannya.

Juruaudit luar juga melakukan pemeriksaan yang sama.

Lagipun, ahli-ahli PAC juga terdiri daripada kalangan para pemimpin parti pembangkang.

Oleh itu, anda tidak boleh mengatakan bahawa ia adalah cubaan kerajaan menutup kes, seperti apa yang biasa mereka katakan setiap kerajaan mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Dalam hal ini, perkara pokoknya ialah dakwaan bahawa 1MDB telah kehilangan RM42 bilion.

PAC perlu memberi tumpuan kepada dakwaan ini dan mengesahkan sama ada RM42 bilion itu sebenarnya telah hilang atau sebaliknya.

Jika jawapannya tidak, maka PAC perlu memaklumkan kami di manakah wang itu….inilah yang kebanyakan orang ingin tahu.

Seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir, kehilangan wang bukanlah menjadi isu.

Dr Mahathir mengakui sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri pun negara ini kehilangan banyak wang, mungkin lebih daripada jumlah yang melibatkan 1MDB.

Apa yang penting ialah pengetahuan atau maklumat di mana wang itu hilang.

Dr Mahathir berkata beliau juga mungkin telah kehilangan wang semasa beliau menjadi Perdana Menteri tetapi kita tahu di mana wang itu telah hilang.

Dalam kes 1MDB, “kita tidak tahu”, kata Dr Mahathir.

Jadi apa yang PAC perlu lakukan untuk menenangkan rakyat Malaysia dan Dr Mahathir ialah mengesahkan sama ada RM42 bilion benar-benar telah hilang dan jika betul, di mana ia telah hilang, sekali gus meredakan kehangatan isu 1MDB.-16/5/2015 – OLEH SALLEH SAID KERUAK http://sskeruak.blogspot.com

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jorge Pereyra Diaz Akan Kembali Ke JDT

Next Post

Presiden FAM, Pemuda PAS Bincang Majukan Bola Sepak

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Presiden FAM, Pemuda PAS Bincang Majukan Bola Sepak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd