• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Acara Babi Lumba Renang Di China Dikritik Penduduk

oleh
07/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Warga China baru-baru ini gempar apabila dikejutkan dengan acara lumba renang melibatkan sekumpulan babi yang jinak di sebuah tasik di wilayah Hunan sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei lalu.

Perlumbaan tersebut dilaporkan akhbar tempatan, bagi menarik kedatangan ramai pelancong mengunjungi  tasik Shiyan, destinasi percutian popular di Changsha, ibu kota wilayah yang dihuni lebih 7 juta orang penduduk itu.

Malangnya, hasrat murni pihak berkuasa pelancongan wilayah tersebut dikritik penduduk tempatan, bukan kerana bimbang tasik ekologi terkenal itu dicemari najis mughallazah daripada haiwan mamalia comel berkenaan.

 Pigs jump off a platform  and swim towards the finish line in the Shiyan Lake in the capital of Hunan Province

Baca: Babi Gemuk Sujud Depan Kuil Buddha Jadi Viral Di China

Sebaliknya, penduduk mendakwa, penganjuran acara itu agak zalim kerana babi tersebut dipaksa melompat terjun dari pelantar yang cukup tinggi ke dalam tasik sebelum berenang gaya bebas mengikut laluan telah ditetapkan.

Foto-foto ‘kemeriahan’ haiwan itu melakukan aksi lompatan tiruk dengan dua kaki meluncur ke depan ala adiwira fiksyen Superman malah menjadi viral di China sebagai penganiayaan terhadap hak asasi kebajikan binatang.

Namun, pihak berkuasa tetap bertegas mempertahankan tindakan tersebut dengan alasan mereka tidak mendapat apa-apa bantahan pun daripada babi terbabit bahkan tiada seekor pun yang cedera ketika jatuh di atas air.

The swines sail through the air before hitting the water with a splash in front of delighted tourists

Justeru, pemerintah wilayah Hunan berpuas hati dengan acara itu sebagai selamat kepada babi waima kejohanan tersebut diiktiraf bukan perlumbaan haram ‘Myvi’ yang boleh membahayakan nyawa peserta dan penonton.

Demi memastikan keselamatan babi bersaiz tubuh kecil itu, setiap haiwan najis berat tersebut dibantu jurulatih berpengalaman dan badan binatang dicat nombor bagi memudahkan penganjur mengenal pasti bakat pelumba.

Pegawai penganjur, Shi Huang menjelaskan: “Anak babi ini menjalani latihan secara intensif dan diberi hadiah makanan bagi merangsang kemahiran haiwan berlumba dengan selamat serta bergembira menikmatinya.”

The numbered pigs were trained for the event, which proved to be a sell-out May Day attraction 

Ekoran sambutan hangat daripada peminat tempatan, acara perlumbaan sukan air berprestij julung kali itu kemungkinan besar akan menjadi kejohanan tahunan bagi mempromosikan tasik Shiyan ke seluruh dunia.

Bagaimanapun, beberapa badan hak asasi haiwan menyelar pihak berkuasa sebagai cuba mengeksploitasi babi atas nama komersial tanpa menghiraukan penderitaan fizikal dan mental yang teruk dirasai haiwan berkenaan.

“Ini jelas penderaan ke atas babi, sesiapa yang melihat aksi haiwan ini melompat pasti bersetuju mereka dilayan secara kejam dan tiada pilihan untuk menarik diri,” kata aktivis tempatan, Lok Chiang. – Agensi/H.A.AMREE

Tags: babiChinaPelancongTASIK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Ucap Tahniah Di Atas Pertabalan Sultan Perak Ke-35

Next Post

Pelajar Pedofil Malaysia: Biodata Si Genius Matematik

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Next Post

Pelajar Pedofil Malaysia: Biodata Si Genius Matematik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd