• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

69 Ditahan Hari Pertama Ops Warta – Trafik

oleh Ahmad Albab
21/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 69 pesalah trafik yang telah dikenakan waran tangkap ditahan selepas Ops Warta dimulakan di seluruh negara sejak awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Trafik Bukit Aman, ACP Mahamad Akhir Darus berkata daripada jumlah itu, sebanyak 36 tangkapan dibuat di Pulau Pinang, 24 di Melaka dan selebihnya di negeri lain.

Manakala untuk tempoh sama, beliau berkata seramai 44 pesalah trafik yang telah dikenakan waran tangkap tampil ke balai untuk menyerah diri.

“Ini termasuk 39 di Sarawak, dua di Terengganu dan tiga di Sabah,” katanya pada sidang media selepas menyertai operasi Ops Warta bersama media di beberapa premis pekerjaan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Bernama yang turut mengikuti operasi itu mendapati terdapat pesalah trafik yang tidak berada di premis tempat kerja mereka atas alasan mengambil cuti sakit dan cuti kecemasan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff turut memaklumkan beliau mendapat maklum balas yang sama daripada pasukan terlibat dalam operasi di negeri-negeri lain, seluruh negara.

“Mungkin mereka (pesalah trafik) ini dah hidu…saya ingatkan kepada mereka ini, bahawa mereka ini tidak akan boleh ambil cuti sakit atau cuti kecemasan selama-lamanya.

Eloklah daripada kami yang mencari, mereka menyerahkan diri di balai-balai berdekatan,” katanya.

Selain premis tempat kerja, Mohd Fuad berkata buat masa ini operasi juga ditumpukan kepada sekatan jalan raya, sebelum fokus diberikan kepada mengesan kediaman pesalah-pesalah trafik ini.

“Sekiranya respons dan tahap pencapaian kami di tahap kurang memuaskan(untuk premis tempat kerja dan sekatan jalan), sehingga tiba tahap itu, baru kami akan ke rumah-rumah. Kami tahu pergerakan mereka, insya-Allah beri masa, kami akan kesan mereka,” katanya.

Ditanya mengenai sasaran, beliau berkata pihaknya tidak meletakkan sasaran harian tetapi berazam mengesan kesemua 1.59 juta waran tangkap, termasuk sekiranya perlu, mengadakan operasi setiap hari, termasuk pada waktu malam dan
hari minggu.

Mengulas lanjut mengenai operasi hari ini, Mohd Fuad berkata kesemuanya berjalan lancar, tiada pergelutan berlaku dan kesemua pesalah trafik yang ditahan memberikan kerjasama kepada pihak polis.

Ditanya mengenai prosedur operasi standard (SOP) ke atas pesalah trafik yang ditahan di dalam Ops Warta, beliau memaklumkan setiap pesalah trafik yang ditahan akan dibawa ke balai berdekatan, sebelum kertas pertuduhan ke atas mereka disiapkan untuk dibacakan di mahkamah.

“Kalau kita tangkap pagi, mahkamah masih bersidang pada petang, sekiranya tangkap petang dan mahkamah tutup kalau ikut SOP waran tangkap mereka akan dibawa ke lokap sementara, melainkan kita bagi mereka bawa penjamin,” katanya.

Ops Warta dilancarkan bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai status waran tangkap yang belum diselesaikan dan jumlah 1.59 juta merupakan baki daripada 1.8 juta saman seperti diumum Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Ops Selamat 5 yang dilancarkan semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Ops Warta
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video Bayi Didera Merupakan Rakaman Kes Lama

Next Post

Berjuta Labah-Labah Jatuh, Hujani Sebuah Pekan Di Australia

Related Posts

Ops Warta: 12,880 Pesalah Trafik Serah Diri Di Seluruh Negara

30/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 12,880 pesalah trafik telah menyerah diri kepada polis di seluruh negara sepanjang tempoh 'Ops Warta' yang...

12,133 Pesalah Trafik Serah Diri Di Seluruh Negara Dalam Ops Warta

29/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Sejumlah 12,133 pesalah trafik telah menyerah diri di seluruh negara dalam Ops Warta yang masih berjalan dan...

Next Post

Berjuta Labah-Labah Jatuh, Hujani Sebuah Pekan Di Australia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd